pemasaran peruncitan: promosi dan pengiklanan

. Monday, July 23
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

definisi pengiklanan


courtland l. boyee & william i. arens (contemporary advertising): pengiklanan ialah komunikasi bukan peribadi tentang maklumat yang biasanya dibayar dan bersifat memujuk tentang keluaran, barangan, perkhidmatan atau idea oleh penaja yang dikenal pasti dan dilakukan melalui pelbagai media.

komunikasi bukan dilakukan secara bersemuka atau secara peribadi: tidak dilakukan antara satu individu dengan satu individu dengan satu individu yang lain secara rapat dan mesra seperti dalam penjualan persendirian atau penjualan dari pintu ke pintu; dibayar oleh penaja.

selalunya bersifat memujuk:
a) iklan merayu untuk melakukan sesuatu/mempengaruhi seseorang supaya menukar fikiran tentang sesuatu atau terus menggunakan keluaran, perkhidmatan atau idea yang diiklankan.
b) meyakinkan barangan/perkhidmatan itu berfaedah

peringatan kepada pengguna; memberitahu tentang kewujudan barangan/perkhidmatan dengan tujuan mengingatkan pengguna, bukan memujuk

menjual perkhidmatan; cth bank, pos, stesyen, minyak, dsb.

melalui pelbagai media


jenis-jenis pengiklanan

1. pengiklanan pengguna: ditujukan kepada orang perseorangan atau pengguna yang membeli baranagn atas sebab-sebab peribadi (kegunaan sendiri/seisi rumah)

2. pengiklanan perniagaan: digolongkan kepada pengiklanan dagang, industri dan profesional, ditaja oleh pengilang atau pengedar untuk menggalakkan pemborong dan peruncit membelu serta menyimpan barangan untuk tujuan jualan balik kepada pengguna


fungsi pengiklanan

1. memberi pengenalan kepada keluaran (barangan dan perkhidmatan) dan membezakannya daripada orang lain.

2. mengenal pasti dan dapat membezakan keluaran di pasaran melalui jenama, pembungkusan, harga dsb

3. menyampaikan maklumat tentang keluaran, ciri-cirinya, spesifikasi dan temapt jualan (bagi barangan)

4. menggalakkan pengguna mengguna keluaran baru dan mencadangkan penggunaan ulangan (melalui faedah-faedah yang ditonjolkan mendorong pengguna mencuba dan membeli)

5. mendorong jualan promosi; melalui insentif-insentif yang diberikan, seperti peraduan, potongan harga, kupon, rayuan iklan yang berulang dsb. mendorong pengguna membuat pembelian ulangan.

6. menggalakkan pengedaran sesuatu keluaran; dengan penggalakkan pembelian dan permintaan bertambah mendorong peruncit/pemorong untuk membuat tempahan dan menyimpan stok

7. membina keutamaan dan kesetiaan jenama (brand loyalty). wujud melalui kepuasan pengguna ke atas nilai, mutu, kualiti sesuatu keluaran itu


media pengiklanan

1. media 'above the line'
a) dianggap sebagai media utama (primary media)
b) dianggap sebagai media yang berbayar
c) media tergolong seperti: tv, radio, akhbar, majalah, billboard, dsb

2. media 'below the line'
a) media sokongan yang tidak ada bayaran komisen
b) media yang murah dan efektif
c) penerangan lengkap tantang keluaran atau promosi
d) contoh; risalah, katalog, brochure, banner, banting, poster, mobile, flag line, belon, kaunter, dll


jualan promosi

jualan promosi terdiri daripada insentif-insentif jangka pendek untuk menggalakkan pembelian atau jualan sesuatu keluaran atau perkhidmatan

objektif utama adalah untuk meningkatkan jualan untuk jangka masa pendek (1-3 bulan)

perbezaan: pengiklanan menawarkan sebab-sebab untuk membeli sesuatu keluaran atau perkhidmatan manakala promosi jualan menawarkan sebab untuk membeli sekarang


jenis-jenis jualan promosi

1. promosi pengguna: disasarkan kepada para pembeli akhir
2. promosi perniagaan: disasarkan kepada pelanggan perniagaan
3. promosi perdagangan: disasarkan kepada peruncit dan pemborong
4. promosi tenaga jualanL disasarkan kepada pasukan jualan


kepentingan jualan promosi

1. jumlah besar perbelanjaan pemasaran digunakan dalam promosi jualan (tren masakini)

2. tekanan meningkatkan jualan semasa syarikat; promosi dilihat sebagai satu alat jualan jangka pendek yang efektif serta membantu membezakan penawaran mereka

3. para pengguna telah menjadi semakin biasa disogokkan dengan kemudahan pembelian dan ini menyebabkan para peruncit meminta lebih banyak kemudahan seperti ini daripada para pengeluar

4. membantu membina syer pasaran jangka panjang

5. mendorong pengguna untuk mencuba satu keluaran baru

6. mendorong pengguna membeli dalam kuantiti yang tinggi

7. mendorong kesetiaan jenama dan pembelian ulangan

8. mengekalkan serta memberi ganjaran kepada pengguna yang setia

9. mengukuhkan kedudukan syarikat serta membina hubungan pelanggan untuk jangka panjang


alat-alat promosi pengguna

1. pek harga (potongan harga)
2. premium
3. ganjaran kesetiaan
4. promosi titik-pembelian
5. peraduan, cabutan bertuah dan permainan
6. kupon
7. tawaran pulangan tunai (rebet)
8. sampel
9. keistimewaan pengiklanan (cenderamata)
10. potongan harga (diskaun): untuk pembelian kuantiti yang tinggi dan untuk tingkatkan keuntungan
11. ganjaran/wang tolakan (komisyen/bonus)
12. jaminan pembelian semula ke atas barangan yang tidak dijual
13. barangan percuma: dengan pembelian kuantiti yang tertentu
14. peraduan: pencapaian kuota jualan
15. alat peragaan percuma: spt rak roti, kaunter rokok
16. premium, item-item pengiklanan istimewa
17. bahan-bahan promosi media 'below the line'


penilaian kempen jualan promosi

1. perbandingan jualan sebelum, semasa dan selepas kempen
2. permintaan sesuatu produk/jenam selepas kempen
3. reaksi pengguna dan pesaing terhadap kempen

(sumber: sijil keusahawanan prosper siswazah 2005, punb)

0 comments: