keusahawanan Islam

. Sunday, July 15
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

mengenali dan muhasabah diri

a) apakah tanggungjawab saya dilahirkan ke dunia ini?
b) apakah kelebihan-kelebihan dan kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam diri saya?
c) apakah matlamat dan wawasan hidup saya dan bagaimana saya boleh mencapainya?

tazkirah: "dan aku tidaklah membebaskan diri (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu suka menyuruh kepada yang buruk, kecuali orang yang diberi rahmat oleh Tuhannya. sesungguhnya Tuhannya Maha Pengampun lagi Penyayang"
(Yusuf: 50)


senario globalisasi keusahawanan

"apakah ekonomi dunia menjadi lebih besar dan lebih terbuka, lebih banyak syarikat-syarikat bersaiz kecil dan sederhana akan menguasai keadaan"
(john naisbitt, global paradox, 1995)

tazkirah: "sesungguhnya Kami telah menempatkan kamu sekelian di muka bumi, dan Kami adakan bagi kamu dipermukaan bumi itu (sumber-sumber) penghidupan, tetapi sangat sedikit kamu sekelian bersyukur"
(Al A'raf: 10)

"pada tahun 2020, malaysia mampu untuk menjadi sebuah negara yang bersatu, dengan sbuah masyarakat yang berkeyakinan, tersemat dengan nilai-nilai etika dan moral yang tinggi, hidup dalam satu masyarakat yang demokratik, liberal dan bertoleransi, penyayang, adil dan saksama dari segi ekonomi yang progresif dan makmur, dan berkemampuan penuh dalam suatu bentuk ekonomi yang kompetitif, dinamik, kukuh dan berdaya tahan"
(malaysia: the way forward, dr. mahathir mohamed, feb 1991)

tazkirah: "usahawan yang jujur lagi amanah, adalah bersama para Nabi, orang-orang yang benar dan orang-orang yang syahid." (hadis riwayat bukhari)

"senario ini adalah yang tidak mungkin berlaku kerana pendapatan individu sangat bergantung di atas usaha yang dijalankan sendiri, cara dirinya diasuh dan perkara-perkara yang menjadi keutamaan kepadanya. justeru, kita semua akan mempunyai nilai yang berbeza dari segi ekonomi dan hasil kita akan menerima pulangan yang berbeza.

kesamaan dalam pendapatan individu seperti yang dipelopori oleh kumpulan berfahaman sosialis, dan komunis bukan sahaja sesutu yang tidak berkemungkinan, malahan tidak diingini dan adalah suatu formula ke arah kehancuran."
(malaysia: the way forward, dr. mahathir mohamed, feb 1991)

"kita tidak mampu untuk mengabaikan pentingnya keusahawanan dan pembangunan usahawan, yang mana sepatutnya melewati batasan latihan dan pendidikan. kita mesti pastikan suatu adunan yang tepat berhubung dengan mereka yang mempunyai kecekapan di dalam bidang sains dan teknologi, sastera dan sains kemasyarakatan"
(malaysia: the way forward, dr. mahathir mohamed, feb 1991)


beberapa isu dan cabaran keusahawanan Islam

"..all is not well with the economic condotion of our world: that there is a great imbalance, stemming from the monopolistic concentration of most of the world's wealth in few states, classes and individuals, resulting in fantastic extremes of surfeit and luxury for the privileged few and hunger and destitution for the vast majority of human beings, witl all the concomitant privations of disease, sapping of energy and mental and psychological affilictions which that majority suffers."
(al nowaihi, persidangan persatuan pelajar-pelajar Islam amerika syarikat dan kanada wilayah pantai timur di holiday hills, new jersey pada 12-14 april 1968)


teori dan konsep keusahawanan: Islam vs konvensional

1) istilah
2) definisi dan teori
3) objektif
4) falsafah
5) dasar
6) hasil input dan output

tazkirah: "wahai orang-orang yang beriman, ruku'lah, sujudlah dan sembahlah Tuhanmu dan perbuat kebaikan/kebajikan supaya kamu mendapat kejayaan" (Al-Haj: 77)


teras keusahawanan Islam

aqidah + syariah + akhlaq = usahawan muslim

a) aqidah:
b) syariah (konsep-konsep)
- konsep muamalat
- konsep al maliat
- konsep al thoharat
- konsep al ibadat
c) akhlak/budaya
- al sifatul mahmudah vs al sifatul mazmumah

tazkirah: "wahai orang-orang yang beriman, janganlah harta-harta dan anak-anak kamu melalaikan kamu dari mengingati Allah, barangsiapa berbuat demikian maka mereka sebenarnya orang yang rugi" (Al-Munafiqun: 9)

"sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu terdapat contoh tauladan yang baik..." (Al-Ahzab: 21)


kategori usahawan

1) dalam ketakutan (paranoia)
2) keseorangan
3) mencari kebebasan

tazkirah: (orang-orang yang menyampaikan risalah-risalah Allah, mereka taku kepadaNya dan mereka tidak merasa takut kepada seorang (pun) selain dari Allah. Dan cukuplah Allah sebagai pembuat perhitungan." (Al-Ahzab: 39)


jenis-jenis usahawan

1) pandangan konvensional
a) hunter
b) farmer
c) buccaneer
d) the guru

2) pandangan Islam
a) lebah
b) pohon rendang
c) pohon buahan

tazkirah: "hai orang-orang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu..." (As-Saff: 10-11)

"Allah tidak menerima sesuatu usaha/amalan, kecuali betul-betul murni bagiNya dan ayang dituntut dengan keredhaanNya" (hadis riwayat ibnu majah)


etika ushawan muslim

1) falsafah etika Islam
2) prinsip asas etika Islam
3) skop etika keusahawanan Islam
4) etika perlakuan
5) etika perwatakan
6) etika perawakan

tazkirah: "dan engkau lihat kebanyakan mereka itu berlumba-lumba memperbuat dosa dan permusuhan serta memakan yang haram. sesungguhnya amat buruk apa yang mereka kerjakan." (Al-Maidah: 62)


pengurusan keusahawanan Islam

- erti/definisi pengurusan
- kepelbagaian teori dan gaya pengurusan
- fungsi-fungsi pengurusan
- pengurusan: input, truput dan output
- struktur pengurusan
- pengurus dan kepimpinan
- etika pengurusan Islam

tazkirah: "hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan riba dengan berlipat ganda dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan." (Ali Imran: 130)

"sesuatu yang batil yang mempunyai sistem pengurusan yang canggih, dapat mengalahkan sesuatu yang haq tapi tidak mempunyai sistem pengurusan yang baik." (kata-kata saidina Ali krw)


bekalan tenaga usahawan Muslim

1) perhubungan
2) permohonan
3) penyerahan
4) pengharapan


rukun kejayaan

1) sapaan
2) panggilan
3) percakapan dan perbuatan
4) kemurahan
5) pemikiran
6) senyuman
7) persahabatan dan pertolongan
8) ketulusan
9) perasaan
10) kesediaan
11) keutuhan
12) kemanusiaan
13) kesetiaan
14) kesederhanaan
15) keberanian
16) keadilan
17) kesabaran
18) kerajinan
19) memudahkan
20) merendahkan diri


kanun keemasan

1) al takhtiet (planning)
2) al tandzim (organizing)
3) al tahyiatul afrad (directing)
4) al taujah (staffing)
5) al tansiq (coordinating)
6) raf'ul al taqodir (reporting)
7) al mizaniyat (budgeting)
8) al rigobah (controlling)
9) isdarul awamir (commanding)


model & konsep Islam vs barat: gaya falsafah pengurusan

1. matlamat
- Islam: menitikberatkan keuntungan dan keberkatan
- barat: meraih keuntungan semata-mata

2. cara membuat dasar
- Islam: istimbat Al-Quran, Al-Sunnah, uswatun hasanah Rasulullah saw dan para sahabat, ijmak, qias dan masalih.
- barat: penyelidikan dan pengalaman, model, percambahan fikiran

3. pembuat keputusan
- Islam: pengurus dikawal oleh kekuatan jiwa dan nilai tauhid yang tertanam dalam diri. terikat dengan sistem syura yang digariskan oleh Al-Quran dan Al-Sunnah.
- barat: pengurus dipengaruhi ileh ssstem nilai dan etika yang dianutinya. berdasarkan polisi dan peraturan yang digubal dan ditetapkan.

4. motivasi
- Islam: penghayatan konsep ibadah dan nilai pahala serta keburukan dosa dalam diri pekerja akan mendorong dan merangsangnya bertindak melakukan sesuatu tanpa diperintah. at-tanjih dalaman melalui amali secara iltizam.
- barat: nilai kebendaan, pampasan dan darjat kedudukan kepada pekerja bagi meningkatkan daya pengeluaran sesebuah industri/firma. kesedaran dalaman dan pengalaman melalui simulasi atau role play.

5. penggunaan unsur promosi
- Islam: dilihat dari sudut kaca mata 'estetika' dan 'etika' yang Islamik.
- barat: 'estetika' semata-mata

6. konsep kemakmuran
- Islam: kemakmuran negara bergantung kuat kepada ketaqwaan penduduk dalam membangunkan sosio-ekonomi, keamanan, kesejahteraan, dan keharmonian hidup masyarakat dijamin oleh peraturan zakat dan muamalah secara adil.
- barat: kemakmuran negara bergantung kuat kepada kejayaan pencapaian ekonomi kerana dengan kejayaan itu akan menjamin keamanan, kesejahteraan, dan keharmonian hidup masyarakat.

7. konsepsi kejayaan
- Islam: berdasarkan ayat Al-Quran (Al-Baqarah: 3-5, Ali Imran: 200, Al-Maidah: 35 & 90)
- barat: kemajuan yang dicapai saban hari


anjakan paradigma: keusahawan Islam

1) matlamat: keuntungan --> keberkatan
2) sistem kewangan: konvensional --> mudhorabah, dll
3) kepentingan: permintaan dan penawaran --> masalihul mursalah
4) masyarakat: industri --> maklumat
5) demokrasi: perwakilan --> penyertaan
6) jangka: pendek --> panjang
7) pergantungan kepada: industri --> keyakinan diri
8) pembentukan: hirarki --> jalinan rangkaian perhubungan
9) dasar pandang: ke barat/timur --> Al Baqarah: 177
10) pasaran: perkongsian sebagai output --> mewujudkan sebagai output
11) sumber kekuatan: kestabilan --> perubahan (irtihal)
12) tumpuan terhadap: institusi --> individu
13) keilmuan: rasa serba tahu --> proses pembelajaran berterusan
14) pergantungan: kepada prosedur --> hasil keputusan
15) tanggungjawab: salahkan orang lain --> diri sendiri
16) keutamaan: kuantiti --> kualiti


kompetensi keusahawanan

1) inisiatif
2) melihat dan merebut peluang
3) kecekalan
4) mencari maklumat
5) menitik beratkan mutu kerja yang tinggi
6) komitmen terhadap perjanjian kerja
7) membuat perancangan sistematik
8) berorientasikan ke arah kecekapan
9) menyelesaikan masalah
10) keyakinan diri
11) ketegasan
12) kemampuan meyakinkan orang lain
13) menggunakan strategi pengaruh


(sumber: nota kuliah keusahawanan Islam, drs hamat dato' ghazali, program sijil keusahawanan prosper siswazah punb)

1 comments:

Firdaus Bin Abd Rahman said...

Assalamua'laikum sahabatku mjw,

susah jugak kawe nak pahe bahaso kalate. Tapi takpo, proses pembelajaran tu.

Tentang keusahawannan ni, kita orang melayu atau dengan kata lain orang islam kat malaysia ni jauh dah ketinggalan dalam hal usahawan.

saya sekarang ni dok kerja kerajaan. ingat bila dah ada kekuatan nanti nak buat business samada sampingan atau terus berhenti. Fardhu kifayah tu.....teruatama dalam hal yang kita orang islam tak ceburi lagi.

Tapi, persoalan bila nak mula masih belum terjawab. Silap2 kalau malas nak fikir, dok makan gaji sampai tua. Macamne ye?

Dah lama dok cerita tan sri mokhtar al-bukhary. Tapi rasa terlalu selesa dalam 'zon selesa' ni sebenarnya yang mengikat diri di takat lama.