kaedah mengenalpasti peluang perniagaan

. Thursday, July 19
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

mengapa kita buka bisnes?


mencari keuntungan melalui peningkatan jualan supaya dengan jualan yang diperolehi boleh membiayai:
a) sara hidup/gaya hidup usahawan
b) membayar segala pinjaman
c) melabur semula dalam perniagaan

apa itu bisnes?

aktiviti yang memperaga sumber bagi menghasilkan produk atau perkhidmatan yang boleh dijual bagi mendapat keuntungan. aktiviti dilaksanakan melalui jalan atau kaedah yang paling pantas dan pada kos yang paling kompetatif.

kitaran bisnes


keluk pertumbuhan


melayari keluk

1. teras kepada keluk pertumbuhan jangka panjang ialah kemampuan untuk melayari keluk pertumbuhan secara berterusan.
2. kitaran pertumbuhan dilalui sekali lagi
3. ianya tidak dibatasi oleh masa, adakalah perlahan dan adakala cepat
4. peledak pertumbuhan perlu disemai untuk memastikan pertumbuhan secara berterusan

peledak pertumbuhan

1. risikan pemasaran
2. maksud yang jelas
3. kepimpinan strategik
4. perancangan strategik
5. struktur dalaman

eksploitasi trend perniagaan

i) trend sosial
a) pertumbuhan gaya hidup yang kompleks
b) perubahan peranan keluarga dan wanita yang bekerja

ii) trend demografik
a) generasi x (1968 ke atas)
b) generasi y (1982 ke atas)
c) "baby boomers"
d) warga emas
e) penghijrahan dari luar bandar ke bandar

iii) trend teknologi
a) teknologi saiz kecil ke teknologi nano
b) bioteknologi

iv) trend dalam saingan global
a) teknologi dan komunikasi
b) kos sumber yang kompetatif

tingkah laku pelanggan

a) menambah keperluan yang telah habis
b) kemudahan/keselesaan
c) menyelesaikan masalah
d) satu gaya hidup lambang personaliti individu, dan
e) satu pengalaman baru

kaedah dan teknik mengenalpasti peluang perniagaan

1) memahami kehendak dan keperluan pengguna melalui

a) analisa keperluan industri
untuk mengenalpasti apa yang pembeli/pelanggan perlukan. kaedah ini kompleks dan memerlukan kemahiran penyelidikan dan sumber kewangan yang besar. sumber maklumat daripada laporan-laporan yang disediakan oleh pihak kerajaan. contoh: laporan bank negara, unit perancangan ekonomi, laporan wto dan lain-lain.
jalan mudah adalah dengan 'outsource' analisis industri

b) analisa tingkah laku pembeli

c) menyuluh sekali lintas persekitaran (pemerhatian)
mudah, murah dan amat berkesan
contoh tempat yang boleh dibuat pemerhatian: pasaraya, melancong, pasar malam, perhimpunan, iklan dalam surat khabar

2) perniagaan francais (bagi mereka yang tiada pengalaman atau pengetahuan)
sistem dan pasaran teruji/wujud cuma carai pekerja dan tempat yang sesuai. pemilihan perlu dibuat secara berhati-hati. pilih betul-betul yang ada pelanggan/pasaran. pilih master francais (francaisor) yang bertanggungjawab.

kaedah lain dalam mengenalpasti peluang perniagaan

1. kajian keperluan pengguna

2. analisa persekitaran
3. internet
4. masalah semasa pengguna
5. mewujudkan permintaan
6. hobi atau kegemaran
7. ubahsuai produk
8. kedudukan pekerjaan sekarang
9. kemahiran pengalaman sendiri
10. kenalan dan keluarga
11. maklumat media masa
12. kreativiti dan dayacipta

carta alir - mengenalpasti peluang perniagaan

(sumber: modul bengkel mengenalpasti peluang perniagaan, sijil keusahawanan prosper, punb, 21 november 2005)

0 comments: