Masihkah kau ingat?

. Thursday, July 27
1 comments

Masihkah kau ingat?
Peristiwa penghapusan etnik di Bosnia-Hezergovina oleh rejim Serbia? Rejim yang sama ini turut dikaitkan dengan de facto kepada Perang Dunia Ke-2. Ramai saudara-saudara seaqidah dengan kita (Saifulllah adalah seorang muslim), diperlakukan dengan pelbagai kekejaman. Bunuh, rogol, cabul, dan sebagainya.


Masihkah kau ingat?
Palestin yang pernah menjadi sasaran serangan rejim Israel? Rejim yang berketurunan yang sama dengan kaum yang menentang Baginda Rasulullah saw suatu ketika dahulu. Juga membabitkan pembunuhan ramai saudara-saudara seagama dengan kita.

Masihkah kau ingat?
Negara orang Islam yang pertama menjadi sasaran dengan bertopengkan 'menghapuskan pengganas dunia', oleh Amerika Syarikat selepas George W Bush menjadi presiden? Like father, like son.

Masihkah kau ingat?
Iraq yang menjadi 'tikus putih' kepada Amerika Syarikat dalam ujian kekuatan kuasa ketenteraannya? Telah berjaya menggulingkan Negara orang Islam. Sudah tentu, ramai saudara kita yang syahid.

Apakah kau akan ingat?
Hari ini, Lubnan pula disasarkan!