pemasaran berkesan - teknik kaedah dan perkhidmatan pelanggan

. Saturday, July 21
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

bidang masalah yang dihadapi oleh usahawan (berdasarkan laporan kementerian industri dan perdagangan antarabangsa malaysia)


1. kewangan
2. pemasaran
3. bahan mentah
4. peraturan dan undang-undang kerajaan
5. lesen dan permit
6. teknikal/pengeluaran/operasi
7. pentadbiran
8. tempat perniagaan


analisis status semasa industri kecil dan sederhana (iks) (sumber: small & medium industry development corporation malaysia - smidec)

1. kekurangan modal
2. tahap teknologi dan inovasi yang rendah
3. kekurangan peralatan yang canggih
4. kekurangan sumber manusia mahir dan terlatih secara teknikal
5. ketidak-mampuan untuk menambahbaik proses pengeluaran barisan produk baru
6. kemampuan penyelidikan dan pembangunan yang rendah
7. terlalu bergantung kepada pasaran domestik
8. kurang tumpuan terhadap kualiti, ciri-ciri produk (bungkusan dan label) serta kempen promosi yang tidak berkesan


cabaran (sumber: smidec malaysia)

1. pendekatan operasi-keberkesanan kos dan daya saing
2. teknologi dan proses
3. barisan produk
4. strategi pengurusan
5. pendekatan pemasaran
6. usaha kerjasama dalam penyelidikan dan pembangunan, penyelidikan pemasaran dan berkongsi pasaran
7. peralihan tumpuan terhadap pasaran global


pemasaran peruncitan

1. definisi pemasaran

apa sahaja usaha yang dijalankan bagi:
a) menawarkan produk/servis yang sesuai dengan lokasi, masa, harga, keperluan & kehendak pelanggan.
b) melaris & meningkatkan jualan produk/servis
c) memberi kepuasan/keseronokan/kegembiraan kepada pelanggan agar mengulangi pembelian secara berterusan
d) mengekal & meningkatkan keuntungan

2. konsep 4p

p = product
p = price
p = promotion
p = place

3. definisi peruncit

a) segala aktiviti perniagaan untuk menyampaikan (menjual) barangan atau perkhidmatan kepada pengguna akhir
b) peruncitan adalah sebahagian dari aktiviti pemasaran
c) peruncit yang berjaya; harus menawarkan produk yang betul, di lokasi yang tepat, pada masa yang sesuai, dalam kuantiti dan harga yang betul, dengan perkhidmatan yang cemerlang.

4. siapa peruncit?

pengeluar barangan ---------- ---------- pengguna/pelanggan
| |
V V
perantaran pemasaran
- pemborong
- stokis
- pengedar
- agen
- PERUNCIT

5. jenis peruncitan

a) peruncit perseorangan: perniagaan secara kecil-kecilan dengan operasi yang terhad dan dimiliki oleh orang perseorangan ataupun berkongsi dengan rakan-rakan atau ahli keluarga

b) rangkaian stor: dimiliki dan diuruskan oleh satu badan pusat. menjual barangan yang sama, susun atur, rupa bentuk dalaman dan luaran dan perkhidmtan yang sama. pengurusan prmosi, pembelian dan keputusan dilakukan pada peringkat pusat.

c) gedung perniagaan: sebuah perniagaan yang besar yang menawarkan barangan dalam satu kategori.

d) pasaraya/hyper market: sebuah perniagaan yang besar dan sederhana yang menawarkan pelbagai jenis barangan dalam pelbagai kategori.

e) speciality store: menawarkan pelbagai jenis barangan tetapi jenama dan bilangan yang terhad, memberi penekanan dan keperluan pelanggan yang khusus.

f) francais: perniagaan runcit yang melibatkan perjanjian kontrak antara satu perniagaan dengan peniaga syarikat utama. pemegang francais dinamakan 'francaisor', manakala pembeli francais dinamkan 'francaisi'.

g) ruang yang dipajak: perniagaan runcit yang berlaku dalam sebuah gedung perniagaan atau pasaraya yang besar. penyewa-penyewa ini dikenali sebagai 'concessionaire' yang mempunyai barangan berjenama.

h) koperasi pengguna: pengguna merupakan pemegang-pemegang saham yang terbesar. peruncitan ini dimili oleh ahli-ahli untuk kepentingan ahli-ahli juga.

i) peruncitan cara baru:
- peruncitan melalui tempahan secara pos (mail order)
- peruncitan melalui telefon
- peruncitan tas-talian (internet retailing)
- peruncitan tele-marketing
- mesin-mesin vending
- katalog shop (ruang pameran katalog)
- jualan langsung/peribadi


mengenalpasti peluang dalam pasaran

1. pasaran dan peluang-peluang pasaran (pasaran pengguna) sesuatu kawasan/tempat di mana adanya kuasa permintaan dan golongan individu berinteraksi untuk jual-beli sesuatu keluaran (produk/perkhidmatan)

2. peluang pasaran wujud berdasarkan keadaan persekitaran
- struktur penduduk, pendapatan dan citarasa
- kajian ke atas data-data import dan eksport
- kajian ke atas sumber-sumber tempatan dan penemuan teknologi
- rantaian-rantaian industri
- rancangan-rancangan pembangunan kerajaan dan swasta
- meneliti peluang-peluang perniagaan melalui akhbar dan majalah tempatan dan luar negeri
- mengkaji masalah-masalah sosial setempat
- undang-undang dan peraturan


tinjauan pasaran

a) satu keperluan untuk memasarkan sesuatu keluaran - organisasi perlu menganggarkan saiz pasaran semasa dan masa hadapan bagi keluaran tersebut

b) perlu memahami keperluan dan kehendak pasaran

c) perlu memastikan bahawa permintaan keluaran tersebut adalah cukup besar untuk menampung usaha dan kos perniagaan yang terlibat dengan keluaran tersebut.


objektif tinjauan pasaran

a) untuk menekankan kepentingan maklumat dalam membuat perancangan pemasaran

b) untuk memberi pengetahuan tentang jenis-jenis maklumat dan kaedah memperolehi maklumat tersebut

c) untuk memberi pengetahuan tentang proses di dalam menjalankan tinjauan pemasaran


peranan dan kepentingan maklumat;

1. untuk perancangan
a) mengenalpasti pelanggan
b) merancang produk dan/atau perkhidmatan
c) merancang harga produk dan/atau perkhidmatan
d) merancang pemilihan lokasi premis perniagaan
e) merancang program promosi atau pengiklanan

2. untuk perbandingan
a) membuat perbandingan produk dan/atau perkhidmatan
b) membuat perbandingan harga
c) membuat perbandingan keberkesanan program promosi dan pengiklanan
d) membuat perbandingan lokasi dan pelanggan sasaran

3. untuk kawalan
a) melihat prestasi perniagaan secara umum
b) melihat prestasi sesuatu produk atau perkhidmatan yang ditawarkan
c) mengawal harga produk yang ditawarkan
d) mengawal kos program promosi dan pengiklanan dan keberkesanan
e) menilai lokasi yang sedia ada dan yang berpotensi untuk dibangunkan


jenis-jenis maklumat

dua jenis maklumat yang utama:

1. maklumat sekunder:
a) suratkhabar
b) majalah
c) internet
d) buku & jurnal
e) maklumat kerajaan
f) persatuan & agensi

2. maklumat prima
a) diperolehi melalui temuduga
b) diperolehi melalui soal selidik
c) diperolehi daripada pemerhatian


kepuasan pengguna

kepuasan yang dihasilkan untuk dicapai oleh pengguna; kepuasan dibahagi kepada kepuasan dari segi nilai pembelian bagi sesuatu produk/perkhidmatan, dan kepuasan dari segi penggunaan produk/perkhidmatan tersebut.

kepuasan pengguna melahirkan:
a) pembelian ulangan
b) pembelian jangka panjang
c) kesetiaan jenama


keuntungan

terhasil daripada pembelian ulangan akibat daripada kepuasan pengguna. diperolehi oleh kedua-dua belah pihak iaitu pengeluar dan pembeli (win-win situation). mengekalkan keuntungan; inovasi produk dan periklanan

(sumber: modul pemasaran berkesan - teknik kaedah dan perkhidmatan pelanggan, sijil keusahawanan prosper siswazah, punb)

0 comments: