fakta mental

. Sunday, January 6
0 comments

- Kekacauan mental, neurologikal dan tingkah laku adalah masalah yang biasa kepada mana-mana negara dan menyebabkan penderitaan. Penderitaan mereka diburukkan lagi apabila dipinggirkan oleh masyarakat, tidak berupaya menjalani hidup yang berkualiti dan berisiko meningkatkan jumlah kematian.

- Masalah mental yang tidak ditangani dengan baik membebankan dari segi ekonomi dan kos sosial.

- Pada 2002, 154 juta orang di seluruh dunia menderita kemurungan, 25 juta skizofernia, 91 juta terjejas kerana penggunaan alkohol dan 15 juta mengalami masalah ketagihan ubat.

- Laporan terbaru WHO menunjukkan 50 juta orang menderita epilepsi dan 24 juta orang alzheimer.

- Sekitar 877,000 orang mati dengan membunuh diri setiap tahun.

- Seorang daripada empat pesakit yang datang ke hospital mengalami sama ada masalah mental, neurologikal atau kekacauan tingkah laku.

- Kesihatan mental menjejaskan dan terjejas dengan masalah kronik seperti barah, kardiovaskular selain diabetes dan HIV/Aids.

- Ada rawatan yang berkesan untuk menangani masalah mental, tetapi selalunya kos menjadi faktor penghalang.

- Selain kos, peluang mendapatkan rawatan berkesan gagal diperoleh kerana penyakit ini selalu dilihat ‘tidak serius’ selain salah faham mengenainya. Pembuat polisi, syarikat insurans, selain majikan sesetengah hospital swasta mengamalkan diskriminasi kepada pesakit ini.

- Kebanyakan negara berpendapatan rendah dan sederhana hanya memperuntukkan satu peratus daripada jumlah peruntukan kesihatan untuk penyakit mental.

(sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Diagnosis/20071230115026/Article)