perancangan perniagaan

. Thursday, March 8
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

perancangan perniagaan


LAKUKAN;
a. membuat perancangan perniagaan yang logik, komprehensif (menyeluruh), dan boleh difahami: jelas dan nyata.
b. meluangkan masa dan berbelanja (wang) dalam menyediakan perancangan perniagaan yang profesional: kedua-duanya akan menunjukkan tahap komitmen anda.
c. jelaskan risiko dan jangkaan perancangan: maklumkan kepada pelabur anda kenapa risiko ini adalah boleh diterima.
d. jelaskan masalah-masalah dalam gerak kerja: plan yang realistik akan menunjukkan semua masalah yang akan dihadapi dalam gerak kerja serta penyelesaiannya.
e. cadangkan beberapa sumber kewangan untuk membiayai operasi: jelaskan bagaimana perniagaan akan dapat terus beroperasi walaupun modal utamanya tiada.
f. mensasarkan pelabur-pelabur yang didekati: contohnya bank dan ahli perniagaan, lazimnya mencari maklumat yang berbeza. cipta beberapa versi perancangan anda berdasarkan sasaran anda.
g. fokus kepada gambaran pasaran dan jualan yang realistik sebagai asas kepada penyata kewangan anda; perancangan anda perlulah selaras dengan gambaran yang tepat, bukannya memesongkan jangkaan untuk membolehkan perancangan itu 'menjadi'.

ELAKKAN;
a. menyembunyikan rakan yang dicadangkan untuk terlibat dalam kumpulan pengurusan gerak kerja: diskripsi yang tidak bernama akan diragui.
b. membentangkan maklumat yang tidak jelas dan tepat: jangkaan jualan yang tidak jelas terhadap jangkaan pengeluaran dari gerak kerja tidak akan diterima oleh pelabur.
c. menggunakan istilah-istilah yang sukar difahami bagi produk anda dalam diskripsi: kemungkinan pembaca yang memahaminya adalah bukan pelabur yang berpotensi, dan kepada yang tidak memahaminya akan beranggapan bahawa ada maklumat yang disembunyikan.
d. terlebih belanja terhadap perancangan perniagaan dan pembentangan projek: perancangan profesional yang menunjukkan keperluan dan penjelasan bagaimana gerak kerja akan memenuhi keperluan tersebut dan keuntungan yang diperolehi oleh pelabur yang menjadi lebih utama.

j.a. timmons, new venture creation, 4th ed.,new york: irwin/mcgraw-hill, 1994, p. 383

0 comments: