membuat keputusan

. Saturday, March 3
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

8 langkah dalam membuat keputusan secara beretika.


kesepakatan adalah kunci kepada membuat keputusan


1. mengumpul fakta:
elakkan dari terus membuat kesimpulan sebelum memperolehi maklumat yang diperlukan.

2. mendefinisikan isu:
mengenalpasti nilai-nilai etika dalam isu tersebut. kadangkala terdapat dua nilai penting yang bertentangan.

3. mengenalpasti pihak-pihak yang terlibat:
bermula dengan pihak yang terlibat secara langsung daripada keputusan tersebut. seterusnya fikirkan secara meluas dan termasuklah pihak-pihak lain yang turut terlibat.

4. mengenalpasti kesan-kesannya:
fikirkan kemungkinan kesan/akibat terhadap pihak-pihak yang terlibat yang telah dikenalpasti.

5. kenalpasti obligasi/tanggungjawab anda:
kenalpasti obligasi anda dan sebab-sebabnya.

6. pertimbangkan watak dan integriti anda:
pertimbangan/pandangan orang lain terhadap watak dan integriti anda sekira mereka mengetahui semua fakta berkaitan keputusan yang akan anda buat. sekiranya anda berasa tidak selesa dengan hal tersebut, perlulah menilai kembali keputusan tersebut supaya anda berasa lebih selesa apabila merujuk kepada pihak yang lain.

7. berfikir secara kreatif tentang potensi tindakan:
kemungkinan terdapat limitasi dalam kemampuan anda untuk memikirkan alternatif yang baik terhadap masalah etika tersebut.

8. perasaan naluri:
selepas membuat keputusan, cuba merasai naluri anda. rasa naluri boleh menjadi berguna dalam menilai alternatif kepada keputusan yang bermasalah.

(sumber: l.k. trevino and k.a. nelson, managing business ethics, 2nd ed., new york: john wiley & sons, 1999, pp. 71-75)

0 comments: