kemahiran dalam menguruskan kepelbagaian pekerja

. Monday, March 5
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

kemahiran dalam menguruskan kepelbagaian pekerja


budaya sesuatu masyarakat setempat perlu dirai dan melihatnya dari sudut positif

1. kemahiran interpersonal yang fleksibel:
untuk menjadi pengurus berjaya di abad ke 21, anda perlu bekerja secara efektif dengan orang yang berbeza dengan anda. tenaga buruh telah menjadi pelbagai dalam konteks etnik, bangsa, jantina, orientasi jantina, kekurangan kebolehan, dan sebagainya. pengurus boleh mengadakan penghargaan dan penghormatan kepada perbezaan ini dan menggunakan sumber manusia organisasi dengan lebih baik. mereka boleh mempraktikkan kemahiran ini untuk menangani secara efektif dengan cabaran-cabaran yang muncul akibat dari peningkatan kepelbagaian tenaga kerja ini.

2. kemahiran kumpulan yang pelbagai (heterogeneous):
kumpulan yang terbentuk daripada orang yang berbeza latar belakang boleh menjadi inovatif dengan membawa pandangan yang pelbagai dalam menangani masalah. kemampuan dalam menguruskan kumpulan yang heterogeneous, boleh memberi kelebihan kepada organisasi. pengurus perlu mempelbagaikan kemahiran untuk meningkatkan peranan organisasi melalui menggalakkan kreativiti, penyelesaian masalah yang lebih baik, dan sistem yang lebih fleksibel. kepelbagaian kemahiran juga adalah penting untuk mengelakkan pengabaian potensi dari kepelbagaian, seperti komunikasi palsu, konflik dan rasa tersinggung.

0 comments: