prinsip pengurusan

. Saturday, February 24
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

14 prinsip pengurusan



mengurus sumber-sumber dalam organisasi adalah aspek kritikal dalam mengelakkan sebarang pembaziran penggunaan sumber berlaku, di samping memastikan sebarang penggunaannya adalah di tahap optima

1. pembahagian kerja: kerja perlu diagihkan kepada tugas-tugas tertentu dengan tanggungjawab setiap tugas diarahkan untuk individu tertentu.
2. autoriti/kuasa: autoriti perlu dideligasikan seiring dengan tanggungjawab.
3. disiplin: menjelaskan harapan/jangkaan dan akibat jika melanggarnya.
4. kesatuan arahan: setiap pekerja perlu memberi laporan kepada seorang penyelia.
5. kesatuan arah: objektif organisasi perlu fokus kepada kerja pekerja.
6. kehendak individu bawahan kepada kehendak umum: kehendak organisasi perlu mendahului kehendak individu.
7. upah: usaha ke arah menyokong kepada objektif organisasi perlulah diberi diberi ganjaran.
8. pemusatan: peranan orang atasan dan bawahan perlu diteliti dan hubungan penting antara mereka perlu dijelaskan.
9. rantai scalar: komunikasi antara kawasan organisasi perlu mengikut rantaian arahan.
10. arahan/pesanan: pekerjaan dan peralatan organisasi perlulah menyokong matlamat organisasi.
11. ekuiti/kepunyaan: layanan yang adil dan menghormati semua pekerja.
12. kestabilan dan hak milik: kesetiaan pekerja dan perkhidmatan yang berterusan perlulah digalakkan.
13. inisiatif: inisiatif peribadi pekerja yang menyokong objektif organisasi perlulah digalakkan.
14. esprit de corps: pekerja dan pihak pengurusan perlu digalakkan untuk berkongsi matlamat dalam mencapai objektif organisasi

(sumber: h. fayol, general and industrial management, trans. c. storres. marshfield, ma: pitman publishing, 1949)

0 comments: