teori enam topi berfikir de Bono

. Thursday, May 10
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

teori enam topi berfikir de Bono:
ia membahagikan setiap topi pada individu berbeza untuk membawa watak yang berbeza. Jenis topi berwarna de Bono ini antaranya ialah :

topi hijau:
bayangkan bumi yang subur, pohon yang menghijau. topi hijau lambang kreatif & konstruktif. Bila dipakai topi ini ia amat berminat dengan idea baru, alternative, bersifat proaktif bukan reaktif. suka bertanya, menyoal dan mencabar.

topi putih:
bayangkan kertas putih kosong. ia adalah maklumat semata-mata,tiada tafsiran, tiada emosi, dan hanya pentingkan maklumat dalam berdiskusi.

topi biru:
bayangkan langit membiru, tinggi. maka, topi biru berfikir tentang berfikir. ia mengawal topi2 yang lain, biasanya dimiliki oleh pengerusi majlis.

topi hitam:
bayangkan malam yang gelap. topi hitam topi yang kritikal, pemikiran kontra. ia menghindarkan kita dari melakukan kesilapan dan sifatnya sentiasa mencari negatif. Seeloknya gunanya dengan kadar yang minimum.

topi kuning:
bayangkan pagi yang cerah. ia akan membawa pemikiran yang optimis, positif dan cuba mengeluarkan idea secara positif.

topi merah:
melambangkan perasaan. ia mengambil kira perihal perasaan dan kesannya pada pelaksana sesuatu pekerjaan. menilai dengan belas ihsan dan reaksi umum.





(diolah semula dari sumber: http://ulumcordova.blogdrive.com/archive/15.html)

0 comments: