petua kejayaan

. Saturday, May 5
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

7 petua kejayaan


1. berfikiran positif:
jika anda fikirkan kejayaan anda, anda akan berjaya, insya ALLAH; atau anda akan dikalahkan sebelum anda bermula.
anda boleh mendapat idea baru melalui pengalaman kejayaan yang lalu, dan keberkesanan perancangan mel
alui berfikir dari sudut yang berbeza dan kreatif.
tentukan piawai dan jadilah perintis, dan
yang lain akan menyusul.

2. komited:

jangan mudah putus asa de
ngan masalah pertama yang dihadapi. bersedia untuk menghadapi hari-hari yang sukar dan merangka perancangan mental (sebelumnya) untuk bekerja di saat tersebut. perancangan ini mungkin semudah seperti menyediakan diri dengan senarai langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah tersebut dan berundur/mengalah.
berundur dan kerugian pada peringkat awal adalah normal. kadang-kala akan mengalami pulangan keuntungan yang rendah atau tiada langsung; mengurangkan kos. anda mestilah mengambil iktibar/mempelajari sesuatu darinya.

3. pembelajaran kendiri:
membaca sebanyak mungkin artikel/buku. jadikan langit sebagai had.
penentuan matlamat, perancangan
dan mengimplementasikan perancangan dengan betul akan menentukan kejayaan anda. tentukan sasaran harian, mingguan dan bulanan; seterusnya menjadikan sebagai panduan serta sentiasa follow up.

4. menentukan matlamat: mengetahui apa yang anda kehendaki
bermula dengan matlamat yang kecil dan seterus matlamat yang lebih besar selarikan pengalaman yang diperolehi. pelbagaikan
usaha. dedahkan diri dengan pelbagai peluang.

5. menentukan perbelanjaan:
anda pasti akan perlu berbelanja. anda tidak boleh mengharapkan untuk berjaya tanpa mengeluarkan sebarang perbelanjaan.

6. memilih kecenderungan anda:
mengenalpasti perkara yang anda suka dan tahu seperti hobi, sukan atau hiburan. sekiranya anda melakukan sesuatu berdasarkan minat anda, kehendak anda itu akan bertindak sebagai motivator.

7. bertindak!
ini adalah yang paling penting. lakukan sesuatu - apa sahaja! jangan hanya sekadar berfikir tentangnya. ia tidak sekadar membuat persiapan, tetapi melaksanakannya juga!
jangan malu bertanya - "jika anda bertanya, anda mungkin akan kelihatan bodoh seketika. tapi jika anda tidak bertanya, anda akan menjadi bodoh selama-lamanya" dr. shukri abdullah.
hulurkan bantuan kepada yang memerlukan. pastikan anda sentiasa mengekalkan momentum dalam tindakan.

(sumber: news straits times, april 28, 2007, ms 60)

0 comments: