kaedah untuk menangani 'kepuasan pada diri' (complacency)

. Wednesday, May 9
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

4 kaedah untuk menangani 'kepuasan pada diri' (complacency)


'kepuasan pada diri' (complacency) bermaksud, sikap seseorang pekerja yang berasa dirinya berada di zon selesa dalam konteks prestasi kerja. dengan kata lain, mereka tidak cenderung untuk meningkatkan lagi prestasi kerja mereka dari masa ke semasa. berikut adalah empat kaedah dalam menangani masalah ini:

1. mengamalkan gaya kepimpinan yang kuat:
pemimpin dalam organisasi mestilah bertindak dengan efektif dan efisien terhadap kumpulan pekerja ini. kadang-kala perlu mengambil keputusan yang agak drastik dalam menangani isu ini. justeru, pemimpin ini juga adalah bertindak secara adil kepada pekerja-pekerja yang menunjukkan prestasi yang cemerlang.

2. menetapkan matlamat 'SMART':
penentuan matlamat yang kurang jelas dalam mencapai sesuatu visi dan misi juga adalah penyumbang kepada isu ini. jadi, antara kaedah dalam menjelaskan matlamat ialah berdasarkan konsep 'SMART' iaitu merujuk kepada;
S = spesific (jelas)
M = measurable (boleh dinilai)
A = actionable (boleh dilaksanakan)
R = realistic (berdasarkan situasi semasa)
T = time-framed (tempoh masa tertentu)

3. menanda aras (benchmark) kepada yang terbaik:
sentiasa membandingkan organisasi sendiri dengan organisasi lain yang lebih baik, samada secara keseluruhan atau dalam aspek tertentu sahaja. kaedah ini akan dapat menunjukkan beberapa bahagian sudut organisasi yang kurang berdaya saing, dalam masa yang sama akan mengambil tindakan untuk melakukan penambah baikan secara kaizen.

4. meminimakan politik korporat:
wujud dikebanyakan syarikat-syarikat, individu-individu yang menjadikan politik korporat sebagai jalan keluar daripada usaha meningkatkan prestasi kerjanya. seterusnya, menjadi jalan pintas baginya dalam menaiki tangga jawatan dan gaji dalam syarikat. justeru, meminimakan aktiviti-aktiviti seumpamanya adalah perlu dalam menangani isu complacency ini. pemimpin dalam organisasi juga perlu jelas dalam aspek kenaikan pangkat dan gaji, adalah berdasarkan prestasi kerja dan bukannya 'pemain' politik korporat semata-mata.

(sumber: news sraits times, may 5, 2007, ms 51)

0 comments: