teori 6 kasut bertindak de bono

. Sunday, May 13
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

6 kasut bertindak de bono

pertama kasut biru :
kasut ini ialah lambang cara berfikir yang digunakan untuk membuat kerja-kerja rutin. banyak kerja kita laksanakan dengan mematuhi suatu senarai rutin. dengan mematuhi rutin kita akan mengelakkan sebarang kesilapan yang merbahaya. rutin dicipta oleh orang-orang yang pakar supaya orang-orang yang bukan pakar boleh melakukan kerja itu dengan cara yang selamat.

kedua kasut kuning :
kasut ini ialah lambang tindakan dalam keadaan yang cemas dan berbahaya. kuning ialah lambang amaran. pegawai-pegawai polis, bomba dan doktor adalah orang-orang yang sentiasa berhadapan dengan keadaan-keadaan cemas. kita juga mesti mengenal pasti perkara-perkara yang boleh memburukkan keadaan.

ketiga kasut kelabu :
kasut ini ialah lambang kekaburan. banyak tindakan tidak dapat kita buat kerana keadaan masih kabur. tindakan yang mesti dilakukan untuk menghilangkan kekaburan ialah bertindak mencari maklumat dahulu. maklumat itu kemudian kita gunakan bagi menghadapi keadaan tersebut.

keempat kasut perang :
kasut ini ialah lambang tindakan yang pragmatik. tindakan-tindakan pragmatik ialah gabungan antara nilai-nilai yang baik, prinsip-prinsip yang baik dan pemikiran yang baik. kita akan lihat keadaan yang ada dan fikirkan sendiri apa yang paling baik untuk kita lakukan. kita buat apa yang boleh dibuat.

kelima kasut merah jambu :
kasut ini ialah lambang kasih sayang, belas kasihan dan kelembutan. kita gunakan dalam keadaan-keadaan yang melibatkan perasaan kemanusiaan. para doctor , peguam, guru, pegawai kebajikan dan banyak lagi pro-profesional yang bekerja dengan perasaan kemanusiaan.

keenam kasut ungu :
kasut ini melambangkan kuasa rasmi. apabila kita membuat sesuatu tindakan berdasarkan kuasa dan tanggungjawab rasmi. kita mempunyai peranan rasmi. para doctor, guru, peguam, pegawai polis mempunyai peranan rasmi. mereka mempunyai kuasa dan mereka melakukan tindakan berdasarkan peranan rasmi mereka apabila perlu.

nota: teori kasut bertindak ini diperkenalkan oleh dr edward de bono pada tahun 1991

diolah semula dari sumber: http://ulumcordova.blogdrive.com/archive/28.html