prinsip pelaburan

. Monday, April 23
0 comments

3 prinsip pelaburan


1. sikap berhati-hati pembeli (pelabur) atau caveat emptor
pembeli atau pelabur dalam mana-mana perniagaan tidak patut bersikap melulu. pengetahuan yang tertentu berkaitan urus niaga adalah berguna sebelum membuat pembelian atau pelaburan. belajar daripada pengalaman akan memerlukan kos yang tinggi, dan adalah pendekatan yang sesuai dalam menceburi dunia perniagaan. sekiranya anda bersikap terburu-buru, dan kurang arif, anda bakal menyesali kerugian yang dihadapi.

2. pelaburan perlu berkait dengan perolehan dan keuntungan
kadang-kala peniaga akan bersedia untuk membayar lebih daripada yang diperlukan kerana beliau mungkin menjangkakan keuntungan munasabah yang bakal diperolehi.

3. pengaruh persekitaran
apabila anda mengambil keputusan membeli atau melaburkan kewangan anda, pastikan bayaran anda adalah 'harga jualan 'nya. kadang-kala isu persekitaran akan mempengaruhi nilai perniagaan tertentu.

(sumber: news straits times, 2007 apr 21, ms 56)

kesan buruk kepuasan (kepada prestasi semasa)

.
0 comments

kesan buruk kepuasan/keselesaan (kepada prestasi semasa)


1. keselesaan menjurus kepada berlebih-lebihan (melampaui batas)
2. keselesaan menjurus kepada bersikap pasif
3. keselesaan menjurus kepada strategi yang lemah
4. keselesaan menjurus kepada kelemahan prestasi

(sumber: news straits times, 2007 apr 21, ms 65)

sambutan maulidurrasul 1428h

. Thursday, March 29
0 comments



"insan terbilang, ummah terbilang"

keanjalan pencapaian matlamat

. Wednesday, March 28
0 comments

3 tahap dalam mencapat matlamat secara fleksibel/anjal:


1. memotivasikan diri (self motivated) serta lain-lain orang bawahan yang terlibat.
2. kenalpasti perkara-perkara yang boleh membantu orang bawahan anda melihat arah pencapaian matlamat.
3. menjadi pemimpin yang mampu membawa bersama-sama orang bawahan anda.

sumber: dr michael heah

4 langkah proses untuk mengumpul maklumat bagi mengenalpasti kelemahan diri

.
0 comments

4 langkah proses untuk mengumpul maklumat bagi mengenalpasti tanda-tanda yang lemah:


1. biasakan dengan perkara yang diluar jangkaan:
seseorang individu itu perlu sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan sebarang perkembangan yang tidak dijangka dalam industri. kemudian perlu dikaji dan dianalisis oleh pembuat keputusan.

2. belajar untuk menyaring/menjangka haluan:
sebahagian daripada proses mengumpul data, seseorang individu itu perlu menentukan satu pendekatan bersistematik untuk menyaring maklumat dan mengenalpasti haluan.

3. belajar daripada orang lain:
bersedia untuk mengkaji kaedah pengumpulan maklumat di organisasi yang lain dalam mencari tanda-tanda yang lemah.

4. menjadi pendengar yang baik:
semasa sesi temuduga dengan pakar, seseorang individu itu perlu mencuba untuk memberi perhatian kepada semua perkara termasuk pandangan terhadap trend akan datang dalam industri.

sumber: news straits time, saturday, march 24, 2007, page 62

tahniah!!! selamat berkonvo

. Saturday, March 24
0 comments

special dedication to all my freinds. tahniah. happy graduation day. nasihat ikhlas dari aku, "pakai mortarbord betul-betul. bimbang jatuh time amik skrol!!!"

proud to be kelantanese

. Tuesday, March 20
0 comments

video: Office accident 2

.
0 comments

another video. more extreme than before. morale: don't smoke at work place!

Video: Office Accident 1

.
0 comments

this situation could happen at your office. seems funny, but there is a message that i can come out with; always keep your office in safety and healthy way. in coming days, i'll share about safety and haelth at the work place.

mengendalikan analisis swot

. Monday, March 12
0 comments

mengendalikan analisis swot


antara kaedah strategi yang lazim digunakan ialah analisis swot (strenghts (kekuatan) - weaknesses (kelemahan) - oppurtunities (peluang) - threats (ancaman)), yang dilaksanakan dengan 3 langkah;

langkah 1: analisis persekitaran dalaman organisasi, kenalpasti kekuatan dan kelemahan.

langkah 2: analisis persekitaran luaran organisasi, kenalpasti peluang dan ancman.

langkah 3: bandingkan kekuatan dengan peluang, kelemahan dengan ancaman, kekuatan dengan ancaman, dan kelemahan dengan peluang.

mengambil peluang secara optima berdasarkan kekuatan yang ada; perlu seimbang dengan; memperbaiki kelemahan yang terdedah kepada ancaman

apabila analisis telah selesai, organisasi boleh merangka strategi berdasarkan padanan yang menunjukkan sesuatu yang penting kepada organisasi. kebanyakan organisasi akan memberi keutamaan kepada strategi bagi padanan kekuatan dengan peluang, dan keutamaan kedua bagi padanan kelemahan dan ancaman. tujuannya ialah bagi menggunakan peluang dalam konteks kekuatan organisasi dan pertahanan kepada ancaman dalam konteks kelemahan organisasi.

sumber: from management: building competetive advantage, 3rd ed., by i. bateman and s.snell.