kaedah mengenalpasti peluang perniagaan

. Thursday, July 19
0 comments

mengapa kita buka bisnes?


mencari keuntungan melalui peningkatan jualan supaya dengan jualan yang diperolehi boleh membiayai:
a) sara hidup/gaya hidup usahawan
b) membayar segala pinjaman
c) melabur semula dalam perniagaan

apa itu bisnes?

aktiviti yang memperaga sumber bagi menghasilkan produk atau perkhidmatan yang boleh dijual bagi mendapat keuntungan. aktiviti dilaksanakan melalui jalan atau kaedah yang paling pantas dan pada kos yang paling kompetatif.

kitaran bisnes


keluk pertumbuhan


melayari keluk

1. teras kepada keluk pertumbuhan jangka panjang ialah kemampuan untuk melayari keluk pertumbuhan secara berterusan.
2. kitaran pertumbuhan dilalui sekali lagi
3. ianya tidak dibatasi oleh masa, adakalah perlahan dan adakala cepat
4. peledak pertumbuhan perlu disemai untuk memastikan pertumbuhan secara berterusan

peledak pertumbuhan

1. risikan pemasaran
2. maksud yang jelas
3. kepimpinan strategik
4. perancangan strategik
5. struktur dalaman

eksploitasi trend perniagaan

i) trend sosial
a) pertumbuhan gaya hidup yang kompleks
b) perubahan peranan keluarga dan wanita yang bekerja

ii) trend demografik
a) generasi x (1968 ke atas)
b) generasi y (1982 ke atas)
c) "baby boomers"
d) warga emas
e) penghijrahan dari luar bandar ke bandar

iii) trend teknologi
a) teknologi saiz kecil ke teknologi nano
b) bioteknologi

iv) trend dalam saingan global
a) teknologi dan komunikasi
b) kos sumber yang kompetatif

tingkah laku pelanggan

a) menambah keperluan yang telah habis
b) kemudahan/keselesaan
c) menyelesaikan masalah
d) satu gaya hidup lambang personaliti individu, dan
e) satu pengalaman baru

kaedah dan teknik mengenalpasti peluang perniagaan

1) memahami kehendak dan keperluan pengguna melalui

a) analisa keperluan industri
untuk mengenalpasti apa yang pembeli/pelanggan perlukan. kaedah ini kompleks dan memerlukan kemahiran penyelidikan dan sumber kewangan yang besar. sumber maklumat daripada laporan-laporan yang disediakan oleh pihak kerajaan. contoh: laporan bank negara, unit perancangan ekonomi, laporan wto dan lain-lain.
jalan mudah adalah dengan 'outsource' analisis industri

b) analisa tingkah laku pembeli

c) menyuluh sekali lintas persekitaran (pemerhatian)
mudah, murah dan amat berkesan
contoh tempat yang boleh dibuat pemerhatian: pasaraya, melancong, pasar malam, perhimpunan, iklan dalam surat khabar

2) perniagaan francais (bagi mereka yang tiada pengalaman atau pengetahuan)
sistem dan pasaran teruji/wujud cuma carai pekerja dan tempat yang sesuai. pemilihan perlu dibuat secara berhati-hati. pilih betul-betul yang ada pelanggan/pasaran. pilih master francais (francaisor) yang bertanggungjawab.

kaedah lain dalam mengenalpasti peluang perniagaan

1. kajian keperluan pengguna

2. analisa persekitaran
3. internet
4. masalah semasa pengguna
5. mewujudkan permintaan
6. hobi atau kegemaran
7. ubahsuai produk
8. kedudukan pekerjaan sekarang
9. kemahiran pengalaman sendiri
10. kenalan dan keluarga
11. maklumat media masa
12. kreativiti dan dayacipta

carta alir - mengenalpasti peluang perniagaan

(sumber: modul bengkel mengenalpasti peluang perniagaan, sijil keusahawanan prosper, punb, 21 november 2005)

keusahawanan Islam

. Sunday, July 15
1 comments

mengenali dan muhasabah diri

a) apakah tanggungjawab saya dilahirkan ke dunia ini?
b) apakah kelebihan-kelebihan dan kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam diri saya?
c) apakah matlamat dan wawasan hidup saya dan bagaimana saya boleh mencapainya?

tazkirah: "dan aku tidaklah membebaskan diri (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu suka menyuruh kepada yang buruk, kecuali orang yang diberi rahmat oleh Tuhannya. sesungguhnya Tuhannya Maha Pengampun lagi Penyayang"
(Yusuf: 50)


senario globalisasi keusahawanan

"apakah ekonomi dunia menjadi lebih besar dan lebih terbuka, lebih banyak syarikat-syarikat bersaiz kecil dan sederhana akan menguasai keadaan"
(john naisbitt, global paradox, 1995)

tazkirah: "sesungguhnya Kami telah menempatkan kamu sekelian di muka bumi, dan Kami adakan bagi kamu dipermukaan bumi itu (sumber-sumber) penghidupan, tetapi sangat sedikit kamu sekelian bersyukur"
(Al A'raf: 10)

"pada tahun 2020, malaysia mampu untuk menjadi sebuah negara yang bersatu, dengan sbuah masyarakat yang berkeyakinan, tersemat dengan nilai-nilai etika dan moral yang tinggi, hidup dalam satu masyarakat yang demokratik, liberal dan bertoleransi, penyayang, adil dan saksama dari segi ekonomi yang progresif dan makmur, dan berkemampuan penuh dalam suatu bentuk ekonomi yang kompetitif, dinamik, kukuh dan berdaya tahan"
(malaysia: the way forward, dr. mahathir mohamed, feb 1991)

tazkirah: "usahawan yang jujur lagi amanah, adalah bersama para Nabi, orang-orang yang benar dan orang-orang yang syahid." (hadis riwayat bukhari)

"senario ini adalah yang tidak mungkin berlaku kerana pendapatan individu sangat bergantung di atas usaha yang dijalankan sendiri, cara dirinya diasuh dan perkara-perkara yang menjadi keutamaan kepadanya. justeru, kita semua akan mempunyai nilai yang berbeza dari segi ekonomi dan hasil kita akan menerima pulangan yang berbeza.

kesamaan dalam pendapatan individu seperti yang dipelopori oleh kumpulan berfahaman sosialis, dan komunis bukan sahaja sesutu yang tidak berkemungkinan, malahan tidak diingini dan adalah suatu formula ke arah kehancuran."
(malaysia: the way forward, dr. mahathir mohamed, feb 1991)

"kita tidak mampu untuk mengabaikan pentingnya keusahawanan dan pembangunan usahawan, yang mana sepatutnya melewati batasan latihan dan pendidikan. kita mesti pastikan suatu adunan yang tepat berhubung dengan mereka yang mempunyai kecekapan di dalam bidang sains dan teknologi, sastera dan sains kemasyarakatan"
(malaysia: the way forward, dr. mahathir mohamed, feb 1991)


beberapa isu dan cabaran keusahawanan Islam

"..all is not well with the economic condotion of our world: that there is a great imbalance, stemming from the monopolistic concentration of most of the world's wealth in few states, classes and individuals, resulting in fantastic extremes of surfeit and luxury for the privileged few and hunger and destitution for the vast majority of human beings, witl all the concomitant privations of disease, sapping of energy and mental and psychological affilictions which that majority suffers."
(al nowaihi, persidangan persatuan pelajar-pelajar Islam amerika syarikat dan kanada wilayah pantai timur di holiday hills, new jersey pada 12-14 april 1968)


teori dan konsep keusahawanan: Islam vs konvensional

1) istilah
2) definisi dan teori
3) objektif
4) falsafah
5) dasar
6) hasil input dan output

tazkirah: "wahai orang-orang yang beriman, ruku'lah, sujudlah dan sembahlah Tuhanmu dan perbuat kebaikan/kebajikan supaya kamu mendapat kejayaan" (Al-Haj: 77)


teras keusahawanan Islam

aqidah + syariah + akhlaq = usahawan muslim

a) aqidah:
b) syariah (konsep-konsep)
- konsep muamalat
- konsep al maliat
- konsep al thoharat
- konsep al ibadat
c) akhlak/budaya
- al sifatul mahmudah vs al sifatul mazmumah

tazkirah: "wahai orang-orang yang beriman, janganlah harta-harta dan anak-anak kamu melalaikan kamu dari mengingati Allah, barangsiapa berbuat demikian maka mereka sebenarnya orang yang rugi" (Al-Munafiqun: 9)

"sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu terdapat contoh tauladan yang baik..." (Al-Ahzab: 21)


kategori usahawan

1) dalam ketakutan (paranoia)
2) keseorangan
3) mencari kebebasan

tazkirah: (orang-orang yang menyampaikan risalah-risalah Allah, mereka taku kepadaNya dan mereka tidak merasa takut kepada seorang (pun) selain dari Allah. Dan cukuplah Allah sebagai pembuat perhitungan." (Al-Ahzab: 39)


jenis-jenis usahawan

1) pandangan konvensional
a) hunter
b) farmer
c) buccaneer
d) the guru

2) pandangan Islam
a) lebah
b) pohon rendang
c) pohon buahan

tazkirah: "hai orang-orang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu..." (As-Saff: 10-11)

"Allah tidak menerima sesuatu usaha/amalan, kecuali betul-betul murni bagiNya dan ayang dituntut dengan keredhaanNya" (hadis riwayat ibnu majah)


etika ushawan muslim

1) falsafah etika Islam
2) prinsip asas etika Islam
3) skop etika keusahawanan Islam
4) etika perlakuan
5) etika perwatakan
6) etika perawakan

tazkirah: "dan engkau lihat kebanyakan mereka itu berlumba-lumba memperbuat dosa dan permusuhan serta memakan yang haram. sesungguhnya amat buruk apa yang mereka kerjakan." (Al-Maidah: 62)


pengurusan keusahawanan Islam

- erti/definisi pengurusan
- kepelbagaian teori dan gaya pengurusan
- fungsi-fungsi pengurusan
- pengurusan: input, truput dan output
- struktur pengurusan
- pengurus dan kepimpinan
- etika pengurusan Islam

tazkirah: "hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan riba dengan berlipat ganda dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan." (Ali Imran: 130)

"sesuatu yang batil yang mempunyai sistem pengurusan yang canggih, dapat mengalahkan sesuatu yang haq tapi tidak mempunyai sistem pengurusan yang baik." (kata-kata saidina Ali krw)


bekalan tenaga usahawan Muslim

1) perhubungan
2) permohonan
3) penyerahan
4) pengharapan


rukun kejayaan

1) sapaan
2) panggilan
3) percakapan dan perbuatan
4) kemurahan
5) pemikiran
6) senyuman
7) persahabatan dan pertolongan
8) ketulusan
9) perasaan
10) kesediaan
11) keutuhan
12) kemanusiaan
13) kesetiaan
14) kesederhanaan
15) keberanian
16) keadilan
17) kesabaran
18) kerajinan
19) memudahkan
20) merendahkan diri


kanun keemasan

1) al takhtiet (planning)
2) al tandzim (organizing)
3) al tahyiatul afrad (directing)
4) al taujah (staffing)
5) al tansiq (coordinating)
6) raf'ul al taqodir (reporting)
7) al mizaniyat (budgeting)
8) al rigobah (controlling)
9) isdarul awamir (commanding)


model & konsep Islam vs barat: gaya falsafah pengurusan

1. matlamat
- Islam: menitikberatkan keuntungan dan keberkatan
- barat: meraih keuntungan semata-mata

2. cara membuat dasar
- Islam: istimbat Al-Quran, Al-Sunnah, uswatun hasanah Rasulullah saw dan para sahabat, ijmak, qias dan masalih.
- barat: penyelidikan dan pengalaman, model, percambahan fikiran

3. pembuat keputusan
- Islam: pengurus dikawal oleh kekuatan jiwa dan nilai tauhid yang tertanam dalam diri. terikat dengan sistem syura yang digariskan oleh Al-Quran dan Al-Sunnah.
- barat: pengurus dipengaruhi ileh ssstem nilai dan etika yang dianutinya. berdasarkan polisi dan peraturan yang digubal dan ditetapkan.

4. motivasi
- Islam: penghayatan konsep ibadah dan nilai pahala serta keburukan dosa dalam diri pekerja akan mendorong dan merangsangnya bertindak melakukan sesuatu tanpa diperintah. at-tanjih dalaman melalui amali secara iltizam.
- barat: nilai kebendaan, pampasan dan darjat kedudukan kepada pekerja bagi meningkatkan daya pengeluaran sesebuah industri/firma. kesedaran dalaman dan pengalaman melalui simulasi atau role play.

5. penggunaan unsur promosi
- Islam: dilihat dari sudut kaca mata 'estetika' dan 'etika' yang Islamik.
- barat: 'estetika' semata-mata

6. konsep kemakmuran
- Islam: kemakmuran negara bergantung kuat kepada ketaqwaan penduduk dalam membangunkan sosio-ekonomi, keamanan, kesejahteraan, dan keharmonian hidup masyarakat dijamin oleh peraturan zakat dan muamalah secara adil.
- barat: kemakmuran negara bergantung kuat kepada kejayaan pencapaian ekonomi kerana dengan kejayaan itu akan menjamin keamanan, kesejahteraan, dan keharmonian hidup masyarakat.

7. konsepsi kejayaan
- Islam: berdasarkan ayat Al-Quran (Al-Baqarah: 3-5, Ali Imran: 200, Al-Maidah: 35 & 90)
- barat: kemajuan yang dicapai saban hari


anjakan paradigma: keusahawan Islam

1) matlamat: keuntungan --> keberkatan
2) sistem kewangan: konvensional --> mudhorabah, dll
3) kepentingan: permintaan dan penawaran --> masalihul mursalah
4) masyarakat: industri --> maklumat
5) demokrasi: perwakilan --> penyertaan
6) jangka: pendek --> panjang
7) pergantungan kepada: industri --> keyakinan diri
8) pembentukan: hirarki --> jalinan rangkaian perhubungan
9) dasar pandang: ke barat/timur --> Al Baqarah: 177
10) pasaran: perkongsian sebagai output --> mewujudkan sebagai output
11) sumber kekuatan: kestabilan --> perubahan (irtihal)
12) tumpuan terhadap: institusi --> individu
13) keilmuan: rasa serba tahu --> proses pembelajaran berterusan
14) pergantungan: kepada prosedur --> hasil keputusan
15) tanggungjawab: salahkan orang lain --> diri sendiri
16) keutamaan: kuantiti --> kualiti


kompetensi keusahawanan

1) inisiatif
2) melihat dan merebut peluang
3) kecekalan
4) mencari maklumat
5) menitik beratkan mutu kerja yang tinggi
6) komitmen terhadap perjanjian kerja
7) membuat perancangan sistematik
8) berorientasikan ke arah kecekapan
9) menyelesaikan masalah
10) keyakinan diri
11) ketegasan
12) kemampuan meyakinkan orang lain
13) menggunakan strategi pengaruh


(sumber: nota kuliah keusahawanan Islam, drs hamat dato' ghazali, program sijil keusahawanan prosper siswazah punb)

new link

. Monday, July 9
0 comments

salam. come have a visit: (click on the picture)

faktor kegagalan dalam keusahawanan

.
0 comments

faktor kegagalan dalam keusahawanan

1. lack of capital: usahawan memandang enteng kepada keperluan modal dan menanggung hutang yang tidak mampu untuk dibayar semula.


2. poor knowledge of the market: usahawan mungkin akan silap jangka kepada kehendak bagi produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.

3. faulty product design: rekabentuk dan ciri-ciri produk yang ditolak oleh pengguna.

4. human resource problem: usahawan mungkin tersilap memilih rakan kongsi yang tidak sependapat dalam pencapaian matlamat syarikat.

5. poor understanding of the competition: usahawan perlu mengkaji pesaing-pesaingnya dan cuba memahami kecenderungan mereka.

entrepreneurial skills

. Sunday, July 8
0 comments

entrepreneurial skills

1. negotiation skills: proses pertukaran/perkongsian produk atau perkhidmatan antara 2 pihak atau lebih dengan menyetujui syarat-syarat dan terma-terma tertentu.

2. networking skills: untuk mengumpul maklumat dan membina kerjasama. terdapat 2 jenis, iaitu;
- personal network (hubungan antara usahawan dengan lain-lain pihak, termasuk usahawan-usahawan yang lain, pembekal, penghutang, pelabur, rakan-rakan, bekas rakan sekerja, dan lain-lain).
- business network (hubungan kerjasama antara syarikat yang dibentuk untuk mencapai matlamat bersama)

3. leadership skills: untuk mewujdkan perkongsian visi kepada orang lain dalam mencapai matlamat umum syarikat.

characteristics of entrepreneurs

.
0 comments

characteristics of entrepreneurs


1. internal locus of control: kepercayaan yang kuat dalam diri untuk berjaya, justeru, dia sanggup bertanggungjawab terhadap hasil dan mencuba dengan lebih gigih sekiranya melakukan kesilapan.

2. external locus of control: kepercayaan yang kuat kepada nasib, takdir, atau faktor kawalan kemajuan seseorang, menyebabkan rasa kurang bantuan/pertolongan dan kekurangan intensiti dalam usaha pencapaian matlamat apabila menghadapi kegagalan.

the importance of entrepreneurship

. Wednesday, July 4
0 comments

the importance of entrepreneurship


1. job creation (mencipta peluang pekerjaan): memulakan suatu bisnes baru adalah bererti wujudnya peluang kerja, sekurang-kurangnya untuk diri sendiri.

2. innovation: keusahawanan adalah bertanggungjawab untuk memperkenalkan produk dan perkhidmatan yang baru serta berinovasi. biasanya dirintis oleh individu yang mempunyai visi yang membentuk inovasi kaedah untuk melakukan sesuatu dengan lebih cepat, lebih baik, lebih murah dan pelbagai ciri. juga menjadi perintis kepada teknologi yang baru serta berpotensi, dalam masa yang sama menyusutkan nilai teknologi terdahulu.

3. opportunity for diverse people: wujud disesetengah orang yang kecewa dengan pekerjaan mereka, seperti halangan kerjaya, diskriminasi jantina (khususnya wanita), meningkatkan kualiti hidup, memilih kerjaya yang lebih menyeronokkan. justeru, memilih keusahwanan sebagai kerjaya baru. juga ada disebabkan oleh, mengimbangi tanggungjawab kerja dengan keluarga, memperolehi cabaran dan autonomi yang lebih, dan mengelakkan politik organisasi yang kotor.

entrepreneurship myths

.
0 comments

entrepreneurship myths



myth 1: entrepreneurs are born, not made

lazimnya, ramai yang percaya bahawa usahawan memiliki sifat tertentu yang membezakan mereka dengan orang lain. faktanya, pelbagai jenis orang dengan pelbagai personaliti telah berjaya menjadi usahawan yang berjaya, dan kebanyakan mereka mempelajari bidang keusahawanan sebagai suatu disiplin sebelum memulakan perniagaan. sekolah bisnes menawarkan kursus keusahawanan yang menyediakan peluang-peluang untuk belajar dan praktikal kemahiran yang berguna untuk menjadi usahawan.

myth 2: it is necessary to have access to money to become an entrepreneur
pendapat ini menunjukkan bahawa orang yang kaya sahaja yang mampu menjadi usahawan. padahal, ramai perusahaan telah dimulai oleh orang yang memiliki sumber yang kecil sahaja! contohnya, hewlett-packard, sebuah syarikat elektronik yang besar, yang bermula di sebuah garaj di palo alto, california, pada tahun 1940, dua orang pelajar stanford university yang hanya memiliki beberapa ratus dolar dan satu tempahan untuk peralatan bunyi daripada walt disney company.

myth 3: entrepreneurs become successful on their first venture
kebanyakan orang cenderung untuk mengingati kejayaan dalam perniagaan. tetapi sebenarnya kegagalan itu adalah proses pembelajaran, dan daripada kegagalan perniagaan tersebut akan membawa kepada kejayaannya.

threat to effective team performance

. Monday, July 2
0 comments

threat to effective team performance


1. free riders: individu ini tidak terlibat dalam gerak kerja kumpulan, tetapi mereka menjangkakan akan turut mendapat tempias hasil kejayaan dan menerima bahagiannya daripada ganjaran untuk kumpulan. mengurangkan morel dan produktiviti kumpulan.

2. dysfunctional team conflict: sesebuah kumpulan itu akan bermasalah jika wujud ahli kumpulan bermasalah peribadi dengan ahli kumpulan yang lain. contohnya, menggunakan politik, bias dalam kumpulan.

3. groupthink: wujud apabila kumpulan tersebut tidak bertolak ansur terhadap kepelbagaian pendapat.

4. self-management opposition: sesetengah ahli cenderung untuk tidak pengurusan kendiri, tetapi lebih mengharapkan ketua kumpulan yang mampu mencatur gerak kerja mereka semata-mata.

5. insecure supervisors: banyak inisiatif kumpulan diketepikan/diabaikan oleh penyelia dan pengurus yang merasa kedudukan mereka terancam. contohnya, kumpulan bertindak mengambil/melaksanakan tugas penyelia.

6. disruptive high performers: ahli kumpulan yang 'high perform' meminta keistimewaan berbanding ahli kumpulan yang lain, serta tidak menghormati ahli kumpulan yang lain.

7. lack of teamwork rewards: organisasi yang mengharapkan bekerja dengan produktif secara berkumpulan, lazimnya tidak memberi ganjaran/bonus secara individual. justeru, akan wujud ahli dalam kumpulan yang cuba menonjolkan diri dari kalangan ahli kumpulan yang lain, untuk menunjukkan bahawa dirinya adalah 'key player'.

(source: adapted from a. sinclair, "the tyranny of team ideology." organization studies 13 (1992): pp. 611-626; l.r. gomez-mejia and d.b. balki, compensation, organizational srategy, and firm performance, cincinnati: south-western publishing, 1992.)

effective ways to enact the role of team leader

.
0 comments

effective ways to enact the role of team leader

bagaimana ketua kumpulan dapat mempengaruhi ahli kumpulan dalam proses dan hasil secara positif?

1. take care of team members
2. communicate with team members
3. share power with the team
4. learn to relax and admit your ignorance

(source: r.l. daft, leadership: theory and practice, fort worth: dryden press, 199, pp. 274-276)