office hour

. Tuesday, July 21
0 comments

lazimnya, waktu kerja pejabat (8 jam) ialah:

8.00 am : check in
1.00 pm : rehat
2.00 pm : sambung keje
4.00 pm : check out



kenapa tidak dimurnikan dengan nilai-nilai Islam? this what i've practic in my own company :

8.00 am : aku check in
9.00 am : pekerja check in
10.00 am : rehat (solat sunat dhuha)
10.15 am : sambung keje
1.00 pm : rehat, lunch, solat zuhur berjemaah
2.00 pm : sambung keje
4.30 pm : rehat, solat asar berjemaah
5.00 pm : pekerja check aku, aku sambung keje
6.00 pm : aku check out!

mesti ada yang kata, "uish, mana bleh ni! banyak sangat rehat! kerja masa tak efisien". bagi aku, aspek keberkatan dalam mencari rezeqi mesti diambil kira. kalu dapat buat sales 1 juta sebulan pun, kalu tak berkat, tiada gunanya...



interpretasi penguasaan kota konstantinopel dalam konteks pengurusan

.
0 comments

ilustrasi Sultan Muhammad Al-Fateh

Sultan Muhammad Bin Murad II "Al-Fateh", dalam siri-siri kejayaannya dalam peluasan empayar Khilafah Turki Uthmaniyyah, kemuncaknya ialah kejayaan menguasai Kota Konstantinopel daripada kekuasaan orang kristian ortodoks, baginda terlebih dahulu memenuhi 3 krateria sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW iaitu :

i) Pemimpin yang baik - Sultan Muhammad sendiri sangat gigih dalam menyiapkan dirinya sendiri. Antaranya ialah, baginda turut serta dengan membuka serban dan baju untuk membina benteng kotanya, sehingga semua ulama & menteri berasa malu dan seterusnya turut sama mengangkat batu & membina benteng. Selain itu, dalam situasi memilih imam solat jumaat pertama selepas berjaya menguasai kota konstantinopel, membuktikan baginda seorang yang hebat dalam konteks ibadah, iaitu sentiasa solat fardhu berjemaah, solat sunat rawatib, qiamullail sejak dari usia balighnya.

ii) Tentera yang baik - teliti dalam memilih para tentera khas untuk menggempur kota konstantinopel. Sebelum berperang, tentera khas ini dikumpulkan di sebuah pulau, dan diberikan latihan ketenteraan, dalam masa yang sama, aspek ibadah juga ditekankan seperti solat, puasa, dan qiamullail.

iii) Rakyat yang baik - mempraktikkan tindakan Khalifah Umar RA, iaitu turun menemui rakyatnya dengan menyamar sebagai pengemis atau musafir, tanpa diketahui oleh menteri-menteri yang lain, kecuali 2 orang kanannya yang turut bersamanya. Kehadirannya juga tidak disedari oleh rakyatnya, dan pada permulaannya layanan buruk terhadap baginda, seperti dihalau, dan diberi upah yang sangat sedikit, sama ada daripada orang miskin mahupun orang kaya. Setelah beberapa tindakan diambil, rakyat baginda menjadi baik, dan tiada lagi layanan buruk.

cuba 3 krateria ini diinterpretasikan dalam kontek pengurusan organisasi:

i) pemimpin, diinterpretasikan sebagai CEO atau pemilik organisasi/syarikat.
ii) tentera, diinterpretasikan sebagai Ahli Lembaga Pengarah atau pemegang saham.
iii) rakyat, diinterpretasikan sebagai para staf & pekerja.

dengan adanya CEO yang baik dan professional dalam mengurus tadbir organisasi; ALP atau share holders yang setia dengan CEO dalam merealiasasikan visi yang baik; dan para staf & pekerja yang amanah dalam memenuhi obligasinya, serta taat setia terhadap Agama, insya Allah penguasaan terhadap ekonomi dunia mampu dikuasai oleh umat Islam!

cuba anda interpretasikannya dalam konteks yang berbeza.