sambutan maulidurrasul 1428h

. Thursday, March 29
0 comments



"insan terbilang, ummah terbilang"

keanjalan pencapaian matlamat

. Wednesday, March 28
0 comments

3 tahap dalam mencapat matlamat secara fleksibel/anjal:


1. memotivasikan diri (self motivated) serta lain-lain orang bawahan yang terlibat.
2. kenalpasti perkara-perkara yang boleh membantu orang bawahan anda melihat arah pencapaian matlamat.
3. menjadi pemimpin yang mampu membawa bersama-sama orang bawahan anda.

sumber: dr michael heah

4 langkah proses untuk mengumpul maklumat bagi mengenalpasti kelemahan diri

.
0 comments

4 langkah proses untuk mengumpul maklumat bagi mengenalpasti tanda-tanda yang lemah:


1. biasakan dengan perkara yang diluar jangkaan:
seseorang individu itu perlu sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan sebarang perkembangan yang tidak dijangka dalam industri. kemudian perlu dikaji dan dianalisis oleh pembuat keputusan.

2. belajar untuk menyaring/menjangka haluan:
sebahagian daripada proses mengumpul data, seseorang individu itu perlu menentukan satu pendekatan bersistematik untuk menyaring maklumat dan mengenalpasti haluan.

3. belajar daripada orang lain:
bersedia untuk mengkaji kaedah pengumpulan maklumat di organisasi yang lain dalam mencari tanda-tanda yang lemah.

4. menjadi pendengar yang baik:
semasa sesi temuduga dengan pakar, seseorang individu itu perlu mencuba untuk memberi perhatian kepada semua perkara termasuk pandangan terhadap trend akan datang dalam industri.

sumber: news straits time, saturday, march 24, 2007, page 62

tahniah!!! selamat berkonvo

. Saturday, March 24
0 comments

special dedication to all my freinds. tahniah. happy graduation day. nasihat ikhlas dari aku, "pakai mortarbord betul-betul. bimbang jatuh time amik skrol!!!"

proud to be kelantanese

. Tuesday, March 20
0 comments

video: Office accident 2

.
0 comments

another video. more extreme than before. morale: don't smoke at work place!

Video: Office Accident 1

.
0 comments

this situation could happen at your office. seems funny, but there is a message that i can come out with; always keep your office in safety and healthy way. in coming days, i'll share about safety and haelth at the work place.

mengendalikan analisis swot

. Monday, March 12
0 comments

mengendalikan analisis swot


antara kaedah strategi yang lazim digunakan ialah analisis swot (strenghts (kekuatan) - weaknesses (kelemahan) - oppurtunities (peluang) - threats (ancaman)), yang dilaksanakan dengan 3 langkah;

langkah 1: analisis persekitaran dalaman organisasi, kenalpasti kekuatan dan kelemahan.

langkah 2: analisis persekitaran luaran organisasi, kenalpasti peluang dan ancman.

langkah 3: bandingkan kekuatan dengan peluang, kelemahan dengan ancaman, kekuatan dengan ancaman, dan kelemahan dengan peluang.

mengambil peluang secara optima berdasarkan kekuatan yang ada; perlu seimbang dengan; memperbaiki kelemahan yang terdedah kepada ancaman

apabila analisis telah selesai, organisasi boleh merangka strategi berdasarkan padanan yang menunjukkan sesuatu yang penting kepada organisasi. kebanyakan organisasi akan memberi keutamaan kepada strategi bagi padanan kekuatan dengan peluang, dan keutamaan kedua bagi padanan kelemahan dan ancaman. tujuannya ialah bagi menggunakan peluang dalam konteks kekuatan organisasi dan pertahanan kepada ancaman dalam konteks kelemahan organisasi.

sumber: from management: building competetive advantage, 3rd ed., by i. bateman and s.snell.

kemahiran dalam pengurusan strategik

.
0 comments

kemahiran dalam pengurusan strategik


pengurus perlu sentiasa peka terhadap sebarang perubahan situasi dan mengenalpasti tindakan-tindakan yang sewajarnya

1. kemahiran meninjau dan menilai persekitaran:
untuk mampu bersaing dalam mencari peluang, pengurus perlulah sensitif dengan faktor dalaman dan luaran yang boleh mempengaruhi prestasi organisasi. dengan sentiasa bersiap sedia dengan faktor-faktor ini, organisasi boleh memberi respon yang sesuai kepada cabaran persaingan. pengurus boleh meningkatkan kemahiran ini dengan melalui kajian tentang kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman bagi organisasi.

2. kemahiran merumuskan strategi:
pengurus perlu merumuskan strategi yang akan memacu usaha-usaha organisasi di masa depan.

3. kemahiran pemetaan kehendak strategi dan mendefinisikan misi:
susulan kepada kajian kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman tersebut, pengurus perlu jelas apa kehendak dan tindakan organisasi dan mendefinisikan misi dan tujuan organisasi.

4. kemahiran implementasi strategi:
merumuskan strategi akan memberikan organisasi dengan haluan umum untuk dituju, tetapi ini hanya sebahagian kecil sehinggalah pengurus boleh membuat keputusan tentang bagaiman untuk mencapainya.

kemahiran dalam pengurusan proses perancangan

.
0 comments

kemahiran dalam pengurusan proses perancangan


1. kemahiran menentukan dan keutamaan objektif:
kunci kejayaan dalam setiap usaha ialah untuk menentukan apa yang cuba dicapai dan kepentingan yang berkait antara obejtif yang berlainan, dengan menerbitkan objektif dan menentukan kepentingan yang berkait dengannya.

2. kemahiran perancangan tindakan dan implementasi:
setelah objektif diterbitkan, adalah perlu untuk menentukan plan tindakan dan merangka siri langkah-langkah implementasi untuk memastikan perancangan dapat di laksanakan.

objektif-objektif yang telah digariskan dan hendak dicapai perlu diteliti dan dijelaskan supaya keutamaan antara objektif tersebut dapat ditentukan dengan sewajarnya.

3. kemahiran fleksibel:

objektif, rekabentuk perancangan, dan jadual implementasi tidak boleh terlalu rigid, terutamanya jika perubahan keadaan yang mendadak. kemahiran fleksibel adalah penting untuk menyesuaikan keutamaan objektif, elemen-elemen perancangan, dan program-program implementasi.

perancangan perniagaan

. Thursday, March 8
0 comments

perancangan perniagaan


LAKUKAN;
a. membuat perancangan perniagaan yang logik, komprehensif (menyeluruh), dan boleh difahami: jelas dan nyata.
b. meluangkan masa dan berbelanja (wang) dalam menyediakan perancangan perniagaan yang profesional: kedua-duanya akan menunjukkan tahap komitmen anda.
c. jelaskan risiko dan jangkaan perancangan: maklumkan kepada pelabur anda kenapa risiko ini adalah boleh diterima.
d. jelaskan masalah-masalah dalam gerak kerja: plan yang realistik akan menunjukkan semua masalah yang akan dihadapi dalam gerak kerja serta penyelesaiannya.
e. cadangkan beberapa sumber kewangan untuk membiayai operasi: jelaskan bagaimana perniagaan akan dapat terus beroperasi walaupun modal utamanya tiada.
f. mensasarkan pelabur-pelabur yang didekati: contohnya bank dan ahli perniagaan, lazimnya mencari maklumat yang berbeza. cipta beberapa versi perancangan anda berdasarkan sasaran anda.
g. fokus kepada gambaran pasaran dan jualan yang realistik sebagai asas kepada penyata kewangan anda; perancangan anda perlulah selaras dengan gambaran yang tepat, bukannya memesongkan jangkaan untuk membolehkan perancangan itu 'menjadi'.

ELAKKAN;
a. menyembunyikan rakan yang dicadangkan untuk terlibat dalam kumpulan pengurusan gerak kerja: diskripsi yang tidak bernama akan diragui.
b. membentangkan maklumat yang tidak jelas dan tepat: jangkaan jualan yang tidak jelas terhadap jangkaan pengeluaran dari gerak kerja tidak akan diterima oleh pelabur.
c. menggunakan istilah-istilah yang sukar difahami bagi produk anda dalam diskripsi: kemungkinan pembaca yang memahaminya adalah bukan pelabur yang berpotensi, dan kepada yang tidak memahaminya akan beranggapan bahawa ada maklumat yang disembunyikan.
d. terlebih belanja terhadap perancangan perniagaan dan pembentangan projek: perancangan profesional yang menunjukkan keperluan dan penjelasan bagaimana gerak kerja akan memenuhi keperluan tersebut dan keuntungan yang diperolehi oleh pelabur yang menjadi lebih utama.

j.a. timmons, new venture creation, 4th ed.,new york: irwin/mcgraw-hill, 1994, p. 383

kemahiran pengurusan perusahaan

.
0 comments

kemahiran pengurusan perusahaan


perusahaan (entrepreneurship): proses mencipta perniagaan yang mampu memasuki dan mempromosi dalam pasaran baru melalui mengembangkan sumber dan orang dalam bentuk yang unik untuk membina sebuah organisasi baru.

1. kemahiran implementasi perusahaan:
perusahaan yang berjaya memiliki kehendak pencapaian dan lokus kawalan yang tinggi, suka mengambil risiko, dan mempunyai keyakinan kendiri dan berkebolehan meramal cabaran yang tidak dijangka.

2. kemahiran jaringan kerja (network):
kemahiran jaringan adalah penting dalam memperolehi modal kewangan, pengetahuan perniagaan dan teknikal, peruncitan, dan lain-lain sumber yang diperlukan untuk memulakan perniagaan.

kemahiran menguruskan budaya dan perubahan organisasi

. Tuesday, March 6
0 comments

kemahiran menguruskan budaya dan perubahan organisasi.


kenalpasti impak terhadap psikologi pekerja dalam mencetus perubahan budaya dalam organisasi

1. kemahiran diagnosis budaya:
mengenalpasti petunjuk-petunjuk budaya yang boleh dilihat dan tidak boleh dilihat yang membezakan sesebuah organisasi dengan organisasi yang lain, dan bagaimana budaya organisasi mempengaruhi tingkahlaku pekerja dalam keadaan sedar atau tidak sedar.

2. kemahiran membentuk budaya:
budaya organisasi boleh menyokong dan melambatkan pencapaian objektif yang dirancang.

3. kemahiran pengurusan perubahan:
pengurus yang hendak meningkatkan prestasi organisasi mesti mengatasi halangan kepada perubahan.

8 langkah: perubahan organisasi terancang

.
0 comments

agen perubahan perlu mengambil langkah berikut bagi memperolehi hasil dari kejayaan perubahan organisasi mereka;


1. menggerakkan kesedaran kepada tindakan segera:
untuk mengatasi halangan kepada perubahan, mengenalpasti dan berbincang tentang krisis, ancaman, atau peluang yang berpotensi.

2. membentuk gabungan penyokong-penyokong yang berkuasa kepada perubahan:
menggerakkan sekumpulan orang yang mempunyai kuasa yang memadai untuk mendorong kepada proses perubahan bertujuan untuk membentuk komitmen yang lebih meluas untuk merealitikan perubahan tersebut. agen perubahan perlu menggalakkan kumpulan-kumpulan ini untuk bekerjasama sebagai satu kumpulan.

kenalpasti individu-individu yang berpotensi menjadi agen atau sub-agen kepada perubahan

3. mencipta visi perubahan:

mencipta visi kepada kehendak keadaan masa depan dalam organisasi untuk memotivasikan orang supaya mahukan perubahan. kemudian permudahkan formulasi strategi untuk menjelaskan visi tersebut.

4. komunikasikan visi perubahan:
menjelaskan secara meluas visi dan strategi perubahan. kumpulan penyokong kepada perubahan boleh memudahkan perubahan dengan menunjukkan tingkahlaku baru yang dikehendaki daripada pekerja.

5. memperkasakan pihak lain untuk menyumbang kepada perubahan:
memperkasakan orang dengan pengetahuan, sumber-sumber, dan kemahiran untuk bergerak ke arah perubahan. menghapuskan halangan kepada perubahan, seperti struktur, sistem, atau prosedur yang melambatkan perubahan.

6. merancang dan merangka pencapaian jangka masa pendek:
merancang pencapaian prestasi yang boleh dilihat, membantu mereka ke arah kejayaan tersebut, kemudian memberikan penghargaan kepada yang berjaya. perubahan yang besar mengambil akan masa yang panjang; tingkatkan motivasi pekerja dengan mengetahui dan memberi bonus dalam membuka jalan kepada perubahan terancang.

7. memperkukuhkan kemajuan dan menghasilkan perubahan dari masa ke semasa:
daripada kajayaan pencapaian jangka masa pendek tersebut gunakan momentumnya untuk mengatasi masalah atau halangan yang lebih besar kepada perubahan. sistem atau prosedur yang melambatkan perubahan yang belum ditangani sudah dibolehkan untuk mengubahnya. pengambilan, kenaikan pangkat, dan membangunkan pekerja yang menyokong konsep perubahan boleh menguatkan sokongan kepada perubahan.

8. institusikan pendekatan baru dalam struktur organisasi:
memasakkan perubahan dalam amalan budaya organisasi untuk menjadikannya lebih stabil dan menggantikan tingkahlaku lama dengan kekal. mempengaruhi seseorang secara berperingkat tentang nilai, kepercayaan, istiadat/upacara, pegangan, dan model utama yang baru ke dalam budaya sebagai cara normal dalam melakukan sesuatu dalam organisasi.

(sumber: r.l. daft, leadership, fort worth: dryden press, 1999, pp. 430-432; j.p. kotter, leadingchange, boston: harvard business school press, 1996, p. 21)

kemahiran dalam menguruskan kepelbagaian pekerja

. Monday, March 5
0 comments

kemahiran dalam menguruskan kepelbagaian pekerja


budaya sesuatu masyarakat setempat perlu dirai dan melihatnya dari sudut positif

1. kemahiran interpersonal yang fleksibel:
untuk menjadi pengurus berjaya di abad ke 21, anda perlu bekerja secara efektif dengan orang yang berbeza dengan anda. tenaga buruh telah menjadi pelbagai dalam konteks etnik, bangsa, jantina, orientasi jantina, kekurangan kebolehan, dan sebagainya. pengurus boleh mengadakan penghargaan dan penghormatan kepada perbezaan ini dan menggunakan sumber manusia organisasi dengan lebih baik. mereka boleh mempraktikkan kemahiran ini untuk menangani secara efektif dengan cabaran-cabaran yang muncul akibat dari peningkatan kepelbagaian tenaga kerja ini.

2. kemahiran kumpulan yang pelbagai (heterogeneous):
kumpulan yang terbentuk daripada orang yang berbeza latar belakang boleh menjadi inovatif dengan membawa pandangan yang pelbagai dalam menangani masalah. kemampuan dalam menguruskan kumpulan yang heterogeneous, boleh memberi kelebihan kepada organisasi. pengurus perlu mempelbagaikan kemahiran untuk meningkatkan peranan organisasi melalui menggalakkan kreativiti, penyelesaian masalah yang lebih baik, dan sistem yang lebih fleksibel. kepelbagaian kemahiran juga adalah penting untuk mengelakkan pengabaian potensi dari kepelbagaian, seperti komunikasi palsu, konflik dan rasa tersinggung.

membuat keputusan

. Saturday, March 3
0 comments

8 langkah dalam membuat keputusan secara beretika.


kesepakatan adalah kunci kepada membuat keputusan


1. mengumpul fakta:
elakkan dari terus membuat kesimpulan sebelum memperolehi maklumat yang diperlukan.

2. mendefinisikan isu:
mengenalpasti nilai-nilai etika dalam isu tersebut. kadangkala terdapat dua nilai penting yang bertentangan.

3. mengenalpasti pihak-pihak yang terlibat:
bermula dengan pihak yang terlibat secara langsung daripada keputusan tersebut. seterusnya fikirkan secara meluas dan termasuklah pihak-pihak lain yang turut terlibat.

4. mengenalpasti kesan-kesannya:
fikirkan kemungkinan kesan/akibat terhadap pihak-pihak yang terlibat yang telah dikenalpasti.

5. kenalpasti obligasi/tanggungjawab anda:
kenalpasti obligasi anda dan sebab-sebabnya.

6. pertimbangkan watak dan integriti anda:
pertimbangan/pandangan orang lain terhadap watak dan integriti anda sekira mereka mengetahui semua fakta berkaitan keputusan yang akan anda buat. sekiranya anda berasa tidak selesa dengan hal tersebut, perlulah menilai kembali keputusan tersebut supaya anda berasa lebih selesa apabila merujuk kepada pihak yang lain.

7. berfikir secara kreatif tentang potensi tindakan:
kemungkinan terdapat limitasi dalam kemampuan anda untuk memikirkan alternatif yang baik terhadap masalah etika tersebut.

8. perasaan naluri:
selepas membuat keputusan, cuba merasai naluri anda. rasa naluri boleh menjadi berguna dalam menilai alternatif kepada keputusan yang bermasalah.

(sumber: l.k. trevino and k.a. nelson, managing business ethics, 2nd ed., new york: john wiley & sons, 1999, pp. 71-75)

kepentingan pelabur vs kehendak organisasi

.
0 comments

kemahiran pengurusan yang diperlukan untuk membuat keputusan yang beretika dan untuk menguruskan perbezaan antara kepentingan pelabur dengan kehendak organisasi dalam menggunakan sumber-sumbernya.


pengurus perlu bijak mengimbangi antara kepentingan pelabur dengan kehendak organisasi

1. kemahiran pembuatan keputusan yang beretika:
menjadi kebiasaan, setiap ahli perniagaan akan berhadapan dengan dilema yang sukar untuk diselesaikan, dan penyelesaian anda mungkin akan menyebabkan orang lain berasa tidak puas hati. jadi anda perlu mampu untuk menjangkakan melebihi kehendak diri sendiri. keputusan anda mungkin akan melonjakkan reputasi anda sebagai pengurus atau sebaliknya. sekiranya anda tidak menghadapi tingkahlaku yang tidak beretika, orang bawahan anda akan menghadapi; dan bagaimana anda berurus dengan tingkahlaku yang tidak beretika adalah sangat penting kepada reputasi anda.

2. kemahiran dalam menganalisis kepentingan pelabur:
pelabur ialah individu yang berkehendak kepada bagaimana organisasi bedak dan menggunakan sumber-sumbernya. analisis pelabur membolehkan anda menjadi lebih proaktif dalam mengangani isu-isu pelabur. ia akan membantu anda mengenalpasti siapakah pelabur, bagaimana kehendak mereka yang lalu, dan bagaimana mereka boleh mempengaruhi kebolehan anda dalam mencapai matlamat perniagaan.

total quality management (tqm)

. Thursday, March 1
0 comments

deming's 14 points of total quality management


you cannot aspect the product is good if it's input/sources are trash, as well as it's processing stage

1. create constancy of purpose toward improvement of product and service, with the aim to become competitive and to stay in business, and to provide jobs.
2. adopt the new philosophy. we are in a new economic age. western management must awaken to the challenge, must learn their responsiblities, and take on leadership for change.
3. cease dependece on inspection to achieve quality. eliminate the need for inspection on a mass basis by building quality into the product in the first place.
4. end the practice of awarding business on the basis of price tag. instead, minimize total cost. movet oward a single supplier for any one item, on a long-term relationship of loyalty and trust.
5. improve constantly and forever the system of production and service, to improve quality and productivity, and thus constantly decrease costs.
6. institute training on the job
7. institute leadership. the aim of supervision should be to help people and machines and gadgets to do a better job. supervision of management is in need of overhaul as well as supervision of production workers.
8. drive out fear, so that everyone may work effectively for the company.
9. break down barriers between departments. people in research, design, sales, and production must work as a team, to foresee problems of production and in use that may be encountered with the product or service.
10. eliminate slogans, exhortions and targets for the work force asking for zero defects and new levels of productivity. such exhortions only create adversarial relationships, as the bulk of the causes of low quality and low productivity belong to the system and thus lie beyond the power of the work force.
a. eliminate work standards (quotas) on the factory floor. substitute leadership.
b. eliminate management by objective. eliminate management by numbers, numerical goals. substitute leadership.
11. remove barriers that rob the hourly worker of his right to pride of workmanship. the responsibilitiy of supervisors must be changed from sheer numbers to quality.
12. remove barriers that rob people in management and in engineering of their right to pride of workmanship. thism means, 'inter alia, abolishment of the annual merit rating and of management by objective.
13. institute a vigorous program education and self-improvement.
14. put everybody in the company to work to accomplish the transformation. the transformation is everybody's job.

(source: from w. edwards deming, out of the crisis, mit press, 19860s

Pengurus Silang Budaya (Cross-cultural)

.
1 comments

kemahiran mengurus dalam situasi antarabangsa


memahami dan menghormati budaya yang berbeza dengan anda andalah inti kepada keberkesanan dalam pengurusan silang budaya

1. kemahiran penilaian antarabangsa:

pertajamkan kemahiran penilaian antarabangsa melalui meningkatkan kesedaran terhadap desakan global yang perlu diketahui kerana hal tersebut mungkin akan memberi kesan kepada organisasi.

2. kemahiran sensitiviti silang budaya (cross-cultural):
untuk berjaya dalam arena antarabangsa, mestilah mampu untuk berurusan dengan orang dari pelbagai latar belakang budaya

3. kemahiran merumus dan implementasi strategi global:
pengurus bagi organisasi yang beroperasi lebih daripada 1 negara perlu mempelajari kemahiran yang istimewa untuk merangka pilihan strategi yang sesuai tentang memasuki dan bersaing dengan berjaya di arena antarabangsa.