pengurusan tekanan (stress)

. Saturday, July 28
2 comments

definisi


reaksi badan yg tidak menentu atau tidak spesifik (non specific reaction) pada suatu keadaan yang dihadapi (dr hars selye, stress management, medical conditions & stress, about, inc: 2002; http://stress.about.com/csi medical conditions/)


2 jenis stres

1. eustress (tekanan yang membawa kesan yang positif)
a. ada persiapan yang rapi untuk menghadapinya
b. melahirkan kesedaran & keinsafan

firman ALLAH SWT, "sesungguhnya kami akan mengujimu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa & buah-buhan. dan berikan berita gembira kepada mereka yang bersabar" (al-baqarah: 155)

2. distress (tekanan yang membawa kesan yang negatif)
a. tidak dapat dikawal
b. menyebabkan kesugulan, putus asa, keinginan membunuh diri dll.


4 kategori stres

1. tekanan jangkaan (anticipatory stress): kerisauan berhubung perkara yang belum berlaku, disebabkan cenderung untuk mereka-reka & mengandaikan masa depan yang negatif.

2. tekanan semasa (situatuonal stress): tekanan yang dialami ketika seseorang benar-benar berhadapan dengan masalah/tragedi

3. tekanan kronik (chronic stress): hasil daripada masalah/konflik yang berlarutan

4. tekanan lampau (residual stress): pengalaman pesakit di masa lampau yang tidak boleh dilupakan


10 punca utama stres

1. masalah kewangan
2. masalah kerjaya
3. memikul terlalu banyak tanggungjawab
4. masalah rumah tangga
5. masalah kesihatan
6. masalah anak-anak
7. kesunyian
8. masalah seks
9. masalah saudara mara
10. masalah jiran


kesan stres terhadap kesihatan

1. darah tinggi
2. kenaikan kadar kolestrol
3. sakit jantung
4. melemahkan sistem pertahanan badan
5. kuman hiv membiak dengan lebih cepat
6. kesugulan
7. sakit mulut
8. lemah memori
9. masalah melakukan hubungan seks
10. kecacatan bayi


kaedah mengawal stres

1. penyucian hati
2. zikir & ibadah yang khusyuk
3. bersyukur & menjauhi sifat tamak
4. pemikiran positif & tidak mudah putus asa
5. hidup yang seimbang adalah penawar
6. berpuasa
7. membantu orang lain
8. memilih pasangan hidup & rakan-rakan yang baik
9. hiburan yang tidak melampau
10. senaman
11. jenaka, senyum & ketawa
12. mennjauhi rokok & arak
13. tidur yang mencukupi
14. warna persekitaran yang sesuai
15. berdoa dengan khusyuk

(sumber: dr danial zainal abidin (2007), perubatan islam dan bukti sains moden (edisi kemas kini), pts millenia sdn bhd, kuala lumpur)

5s (seiri, seiton, seiso, seiketsu, shitsuke)

. Friday, July 27
0 comments

definisi kualiti


1. menepati kehendak piawaian (crosby)
2. memenuhi kepuasan pelanggan (ishikawa)
3. kesesuaian untuk penggunaan (juran)
4. darjah kecemerlangan (kamus oxford)


kepentingan kualiti

1. kepuasan pelanggan
2. mengurangkan kos


kos kualiti

terbahagi kepada dua iaitu;

1. kos mengawal:
a. kos pencegahan: kos bagi mengelakkan daripada berlakunya kegagalan
b. kos penilaian: kos bagi menjalankan ujian dan pemeriksaan bagi menilai kualiti yang ditentukan diperlihara

2. kos kegagalan:
a. kegagalan dalaman: kos yang berpunca dari produk atau perkhidmatan yang gagal memenuhi kehendak kualiti sebelum ianya dihantar kepada pelanggan
b. kos hail daripada produk atau perkhidmatan yang gagl memenuhi kehendak kualiti selepas penghantaran


definisi amalan 5s

merupakan satu konsep kebersihan di tempat kerja yang bertujuan untuk mengekal dan memperbaiki amalan-amalan penjagaan kebersihan yang telah dijalnkan di tempat kerja


3 kategori tempat kerja

1. tempat kerja kelas 3:
a. para pekerja membuang sampah merata-rata dan tiada siapa yang membersihkannya
b. sentiasa berselerak dan tiada siapa membersihkannya

2. tempat kerjas kelas 2:
a. sekumpulan orang membuang sampah dan sekumpulan lagi membersihkannya

3. tempat kerja kelas 3
a. tiada pekerja membuang sampah merata-rata
b. pekerja sendiri melakukan proses pembersihan


makna dan prinsip 5s

1. seiri: 'asingkan', iaitu mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja dan membuangnya
a. mengadakan krateria pembuangan berdasarkan kepada darjah keperluan barangan
b. membuang barang2 yang tidak diperlukan kepunyaan sendiri, orang lain dan syarikat

2. seiton: 'susun', iaitu menyusun barang2 dan peralatan dengan teratur dan kemas
a. zon2 ditandakan untuk bahan mentah, barangan dalam proses dan barangan siap
b. perkakas2 disusun dengan kemas dan diletakkan berdekatan dengan tempat pengunaan

3. seiso: 'bersih', membersihkan tempat kerja dengan rapi supaya tiada sampah dan habuk di atas lantai, barang-barang, mesin dan perkakas
a. menentukn apakah yang perlu dibersihkan dan siapakah yang bertanggungjawab untuk menjalan proses pembersihan
b. menentukan kaedah-kaedah yang kan digunakan untuk menjlankan proses pembersihan.

4. seiketsu: 'piawai', memelihara taraf penjagaan kebersihan dan penyusunan tempat kerja yang tinggi di setiap masa melalui pengurusan visual dan pempiawaian
a. mengadakan tanda-tanda untuk mencegah pekerja daripada membuat ralat-ralat
operasi
b. menyediakan manual 5s

5. shitsuke: 'disiplin', melatih pekerja supaya mematuhi peraturan-peraturan penjagaan kebersihan
a. pembentukan sikap melalui latihan 5s
b. melaksanakan amalan 5s secara harian, mingguan dan berkala

pengurusan sumber manusia (latihan asas keusahawanan)

.
0 comments

pengurusan organisasi (4 bidang utama)


1. pengurusan pentadbiran
2. pengurusan operasi
3. pengurusan manusia
4. pengurusan pelanggan


peranan - pengurusan sumber manusia

1. pengambilan
2. penempatan
3. latihan
4. waktu bekerja
5. upah & faedah
6. disiplin
7. keselamatan


contoh organisasi - pengurusan sumber manusia

1. jabatan buruh
2. jabatan hal ehwal, kesatuan sekerja
3. jabatan perhubungan perusahaan
4. jabatan keselamatan dan kesihatan pekerjaan
5. jabatan tenaga rakyat


pengambilan pekerja

1. tujuan ambil pekerja?
2. jawatan apa?
3. spesifikasi tugas (senarai tugas dan tanggungjawab)
4. spesifikasi individu
5. bentuk kerja (tetap atau sementara)
6. gred jawatan?
7. skala gaji?


kaedah mendapat pemohon?

1. iklan
2. internet
3. rakan-rakan
4. kolej tempatan
5. agensi pekerjaan
6. rakan pekerja


kaedah pengambilan

1. borang permohonan
2. temuduga
3. semakan perujuk
4. ujian


apabila kita dah pilih...

1. sediakan surat tawaran beserta terma dan syarat perkhidmatan
2. minta pekerja tandatangan salinan surat tawaran
3. kandungan kontrak:
a. nama, jawatan, kerja atau tugas
b. kadar upah
c. elaun dan lebih masa
d. tempoh upah
e. waktu kerja biasan & waktu rehat
f. cuti
g. tempoh percubaan
h. tempoh penamatan kontrak
i. dan lain-lain maklumat yg perlu


melatih kakitangan (pengambilan pekerja baru)

1. tujuan: penyesuaian diri dan pembangunan pengetahuan mengenai syarikat dan operasinya.

2. kandungan program induksi;
a. rekod peribadi
b. prosedur waktu rakam waktu kerja
c. tanda nama
d. waktu kerja dan rehat
e. faedah kesihatan dan kebajikan
f. peraturan syarikat
g. sistem pembayaran gaji
h. prosedur ambil cuti
i. memperkenal pekerja kepada pegawai-pegawai
j. lawatan sambil belajar
k. struktur organisasi
l. huraian wawasan & misi syarikat
m. menerapkan nilai-nilai teras serta piagam pelanggan
n. menerangkan jenis perancangan masa depan syarikat


melatih kakitangan (pekerja yang sedia ada)

tujuan: proses pembangunan yang berterusn dan pencapaian kecemerlangan.

1. program peningkatan prestasi
2. program pembangunan kemahiran
3. program pembentukan sikap
4. program teras


melatih kakitangan (pekerja yang veteren)

tujuan: memotivasi, jangan jadi 'besi berkarat', jadikan mereka mentor, jadikan mereka jurulatih, jadikan mereka pembimbing.

1. reorientasi
2. program mentor-mentee
3. program persaraan


waktu bekerja

1. maksimum: 48 jam / seminggu (8 jam / sehari x 6 hari bekerja)
2. waktu rehat tak dikira waktu kerja
3. bekerja 5 jam berturut-turut perlu diberi setengah jam rehat
4. tiada peruntukan undang-undang bagi hari jumaat


cuti awam

1. semua pekerja mesti diberi cuti sekurang-kurangnya 10 hari cuti awam berbayar, 4 hari darinya termasuk:

a. hari kebangsaan
b. hari pekerja
c. hari keputeraan agong
d. hari keputeraan pemerintah negeri/hari wilayah

berikut adalah cuti awam yang biasa diperuntukkan:

a. hari gawai
b. thaipusam
c. hari wesak
d. hari guru
e. hari raya
f. deepavali


perintah bekerja semasa cuti awam

boleh, jika:

1. berlaku kemalangan di tempat kerja
2. kecemasan
3. gangguan tak diramal
4. pekhidmatan kritikal
a. bank
b. pembekal kuasa elektrik
c. pos
d. bomba
e. polis
f. tol lebuhraya
g. lapangan terbang
h. pelabuhan
i. penjara
j. dan lain-lain


overtime (kerja lebih masa)

tidak boleh 4 jam sehari atau 104 jam sebulan:

upah o.t.:
1. satu setengah lebih tinggi dari sejam gaji sehari (hari biasa)
2. dua kali ganda (hari cuti rehat)
3. tiga kali ganda (hari cuti awam)


faedah yang wajib disediakan

1. faedah perubatan
2. cuti sakit
3. caruman kwsp
4. caruman perkeso
5. cuti tahunan


menangani pekerja bermasalah

1. ingatan (reminder)
2. nasihat (advice)
3. motivasi (motivate)
4. teguran (reprimand)
5. amaran (warning)
6. bimbing (coach)
7. kaunseling (counsel)
8. hapus kita (fire them)


(sumber: modul pengurusan sumber manusia (latihan asas keusahawanan), sulaiman haji saaid (budi antara sdn bhd), sijil keusahawan prosper siswazah, 2005)

pemasaran peruncitan: promosi dan pengiklanan

. Monday, July 23
0 comments

definisi pengiklanan


courtland l. boyee & william i. arens (contemporary advertising): pengiklanan ialah komunikasi bukan peribadi tentang maklumat yang biasanya dibayar dan bersifat memujuk tentang keluaran, barangan, perkhidmatan atau idea oleh penaja yang dikenal pasti dan dilakukan melalui pelbagai media.

komunikasi bukan dilakukan secara bersemuka atau secara peribadi: tidak dilakukan antara satu individu dengan satu individu dengan satu individu yang lain secara rapat dan mesra seperti dalam penjualan persendirian atau penjualan dari pintu ke pintu; dibayar oleh penaja.

selalunya bersifat memujuk:
a) iklan merayu untuk melakukan sesuatu/mempengaruhi seseorang supaya menukar fikiran tentang sesuatu atau terus menggunakan keluaran, perkhidmatan atau idea yang diiklankan.
b) meyakinkan barangan/perkhidmatan itu berfaedah

peringatan kepada pengguna; memberitahu tentang kewujudan barangan/perkhidmatan dengan tujuan mengingatkan pengguna, bukan memujuk

menjual perkhidmatan; cth bank, pos, stesyen, minyak, dsb.

melalui pelbagai media


jenis-jenis pengiklanan

1. pengiklanan pengguna: ditujukan kepada orang perseorangan atau pengguna yang membeli baranagn atas sebab-sebab peribadi (kegunaan sendiri/seisi rumah)

2. pengiklanan perniagaan: digolongkan kepada pengiklanan dagang, industri dan profesional, ditaja oleh pengilang atau pengedar untuk menggalakkan pemborong dan peruncit membelu serta menyimpan barangan untuk tujuan jualan balik kepada pengguna


fungsi pengiklanan

1. memberi pengenalan kepada keluaran (barangan dan perkhidmatan) dan membezakannya daripada orang lain.

2. mengenal pasti dan dapat membezakan keluaran di pasaran melalui jenama, pembungkusan, harga dsb

3. menyampaikan maklumat tentang keluaran, ciri-cirinya, spesifikasi dan temapt jualan (bagi barangan)

4. menggalakkan pengguna mengguna keluaran baru dan mencadangkan penggunaan ulangan (melalui faedah-faedah yang ditonjolkan mendorong pengguna mencuba dan membeli)

5. mendorong jualan promosi; melalui insentif-insentif yang diberikan, seperti peraduan, potongan harga, kupon, rayuan iklan yang berulang dsb. mendorong pengguna membuat pembelian ulangan.

6. menggalakkan pengedaran sesuatu keluaran; dengan penggalakkan pembelian dan permintaan bertambah mendorong peruncit/pemorong untuk membuat tempahan dan menyimpan stok

7. membina keutamaan dan kesetiaan jenama (brand loyalty). wujud melalui kepuasan pengguna ke atas nilai, mutu, kualiti sesuatu keluaran itu


media pengiklanan

1. media 'above the line'
a) dianggap sebagai media utama (primary media)
b) dianggap sebagai media yang berbayar
c) media tergolong seperti: tv, radio, akhbar, majalah, billboard, dsb

2. media 'below the line'
a) media sokongan yang tidak ada bayaran komisen
b) media yang murah dan efektif
c) penerangan lengkap tantang keluaran atau promosi
d) contoh; risalah, katalog, brochure, banner, banting, poster, mobile, flag line, belon, kaunter, dll


jualan promosi

jualan promosi terdiri daripada insentif-insentif jangka pendek untuk menggalakkan pembelian atau jualan sesuatu keluaran atau perkhidmatan

objektif utama adalah untuk meningkatkan jualan untuk jangka masa pendek (1-3 bulan)

perbezaan: pengiklanan menawarkan sebab-sebab untuk membeli sesuatu keluaran atau perkhidmatan manakala promosi jualan menawarkan sebab untuk membeli sekarang


jenis-jenis jualan promosi

1. promosi pengguna: disasarkan kepada para pembeli akhir
2. promosi perniagaan: disasarkan kepada pelanggan perniagaan
3. promosi perdagangan: disasarkan kepada peruncit dan pemborong
4. promosi tenaga jualanL disasarkan kepada pasukan jualan


kepentingan jualan promosi

1. jumlah besar perbelanjaan pemasaran digunakan dalam promosi jualan (tren masakini)

2. tekanan meningkatkan jualan semasa syarikat; promosi dilihat sebagai satu alat jualan jangka pendek yang efektif serta membantu membezakan penawaran mereka

3. para pengguna telah menjadi semakin biasa disogokkan dengan kemudahan pembelian dan ini menyebabkan para peruncit meminta lebih banyak kemudahan seperti ini daripada para pengeluar

4. membantu membina syer pasaran jangka panjang

5. mendorong pengguna untuk mencuba satu keluaran baru

6. mendorong pengguna membeli dalam kuantiti yang tinggi

7. mendorong kesetiaan jenama dan pembelian ulangan

8. mengekalkan serta memberi ganjaran kepada pengguna yang setia

9. mengukuhkan kedudukan syarikat serta membina hubungan pelanggan untuk jangka panjang


alat-alat promosi pengguna

1. pek harga (potongan harga)
2. premium
3. ganjaran kesetiaan
4. promosi titik-pembelian
5. peraduan, cabutan bertuah dan permainan
6. kupon
7. tawaran pulangan tunai (rebet)
8. sampel
9. keistimewaan pengiklanan (cenderamata)
10. potongan harga (diskaun): untuk pembelian kuantiti yang tinggi dan untuk tingkatkan keuntungan
11. ganjaran/wang tolakan (komisyen/bonus)
12. jaminan pembelian semula ke atas barangan yang tidak dijual
13. barangan percuma: dengan pembelian kuantiti yang tertentu
14. peraduan: pencapaian kuota jualan
15. alat peragaan percuma: spt rak roti, kaunter rokok
16. premium, item-item pengiklanan istimewa
17. bahan-bahan promosi media 'below the line'


penilaian kempen jualan promosi

1. perbandingan jualan sebelum, semasa dan selepas kempen
2. permintaan sesuatu produk/jenam selepas kempen
3. reaksi pengguna dan pesaing terhadap kempen

(sumber: sijil keusahawanan prosper siswazah 2005, punb)

pemasaran berkesan - teknik kaedah dan perkhidmatan pelanggan

. Saturday, July 21
0 comments

bidang masalah yang dihadapi oleh usahawan (berdasarkan laporan kementerian industri dan perdagangan antarabangsa malaysia)


1. kewangan
2. pemasaran
3. bahan mentah
4. peraturan dan undang-undang kerajaan
5. lesen dan permit
6. teknikal/pengeluaran/operasi
7. pentadbiran
8. tempat perniagaan


analisis status semasa industri kecil dan sederhana (iks) (sumber: small & medium industry development corporation malaysia - smidec)

1. kekurangan modal
2. tahap teknologi dan inovasi yang rendah
3. kekurangan peralatan yang canggih
4. kekurangan sumber manusia mahir dan terlatih secara teknikal
5. ketidak-mampuan untuk menambahbaik proses pengeluaran barisan produk baru
6. kemampuan penyelidikan dan pembangunan yang rendah
7. terlalu bergantung kepada pasaran domestik
8. kurang tumpuan terhadap kualiti, ciri-ciri produk (bungkusan dan label) serta kempen promosi yang tidak berkesan


cabaran (sumber: smidec malaysia)

1. pendekatan operasi-keberkesanan kos dan daya saing
2. teknologi dan proses
3. barisan produk
4. strategi pengurusan
5. pendekatan pemasaran
6. usaha kerjasama dalam penyelidikan dan pembangunan, penyelidikan pemasaran dan berkongsi pasaran
7. peralihan tumpuan terhadap pasaran global


pemasaran peruncitan

1. definisi pemasaran

apa sahaja usaha yang dijalankan bagi:
a) menawarkan produk/servis yang sesuai dengan lokasi, masa, harga, keperluan & kehendak pelanggan.
b) melaris & meningkatkan jualan produk/servis
c) memberi kepuasan/keseronokan/kegembiraan kepada pelanggan agar mengulangi pembelian secara berterusan
d) mengekal & meningkatkan keuntungan

2. konsep 4p

p = product
p = price
p = promotion
p = place

3. definisi peruncit

a) segala aktiviti perniagaan untuk menyampaikan (menjual) barangan atau perkhidmatan kepada pengguna akhir
b) peruncitan adalah sebahagian dari aktiviti pemasaran
c) peruncit yang berjaya; harus menawarkan produk yang betul, di lokasi yang tepat, pada masa yang sesuai, dalam kuantiti dan harga yang betul, dengan perkhidmatan yang cemerlang.

4. siapa peruncit?

pengeluar barangan ---------- ---------- pengguna/pelanggan
| |
V V
perantaran pemasaran
- pemborong
- stokis
- pengedar
- agen
- PERUNCIT

5. jenis peruncitan

a) peruncit perseorangan: perniagaan secara kecil-kecilan dengan operasi yang terhad dan dimiliki oleh orang perseorangan ataupun berkongsi dengan rakan-rakan atau ahli keluarga

b) rangkaian stor: dimiliki dan diuruskan oleh satu badan pusat. menjual barangan yang sama, susun atur, rupa bentuk dalaman dan luaran dan perkhidmtan yang sama. pengurusan prmosi, pembelian dan keputusan dilakukan pada peringkat pusat.

c) gedung perniagaan: sebuah perniagaan yang besar yang menawarkan barangan dalam satu kategori.

d) pasaraya/hyper market: sebuah perniagaan yang besar dan sederhana yang menawarkan pelbagai jenis barangan dalam pelbagai kategori.

e) speciality store: menawarkan pelbagai jenis barangan tetapi jenama dan bilangan yang terhad, memberi penekanan dan keperluan pelanggan yang khusus.

f) francais: perniagaan runcit yang melibatkan perjanjian kontrak antara satu perniagaan dengan peniaga syarikat utama. pemegang francais dinamakan 'francaisor', manakala pembeli francais dinamkan 'francaisi'.

g) ruang yang dipajak: perniagaan runcit yang berlaku dalam sebuah gedung perniagaan atau pasaraya yang besar. penyewa-penyewa ini dikenali sebagai 'concessionaire' yang mempunyai barangan berjenama.

h) koperasi pengguna: pengguna merupakan pemegang-pemegang saham yang terbesar. peruncitan ini dimili oleh ahli-ahli untuk kepentingan ahli-ahli juga.

i) peruncitan cara baru:
- peruncitan melalui tempahan secara pos (mail order)
- peruncitan melalui telefon
- peruncitan tas-talian (internet retailing)
- peruncitan tele-marketing
- mesin-mesin vending
- katalog shop (ruang pameran katalog)
- jualan langsung/peribadi


mengenalpasti peluang dalam pasaran

1. pasaran dan peluang-peluang pasaran (pasaran pengguna) sesuatu kawasan/tempat di mana adanya kuasa permintaan dan golongan individu berinteraksi untuk jual-beli sesuatu keluaran (produk/perkhidmatan)

2. peluang pasaran wujud berdasarkan keadaan persekitaran
- struktur penduduk, pendapatan dan citarasa
- kajian ke atas data-data import dan eksport
- kajian ke atas sumber-sumber tempatan dan penemuan teknologi
- rantaian-rantaian industri
- rancangan-rancangan pembangunan kerajaan dan swasta
- meneliti peluang-peluang perniagaan melalui akhbar dan majalah tempatan dan luar negeri
- mengkaji masalah-masalah sosial setempat
- undang-undang dan peraturan


tinjauan pasaran

a) satu keperluan untuk memasarkan sesuatu keluaran - organisasi perlu menganggarkan saiz pasaran semasa dan masa hadapan bagi keluaran tersebut

b) perlu memahami keperluan dan kehendak pasaran

c) perlu memastikan bahawa permintaan keluaran tersebut adalah cukup besar untuk menampung usaha dan kos perniagaan yang terlibat dengan keluaran tersebut.


objektif tinjauan pasaran

a) untuk menekankan kepentingan maklumat dalam membuat perancangan pemasaran

b) untuk memberi pengetahuan tentang jenis-jenis maklumat dan kaedah memperolehi maklumat tersebut

c) untuk memberi pengetahuan tentang proses di dalam menjalankan tinjauan pemasaran


peranan dan kepentingan maklumat;

1. untuk perancangan
a) mengenalpasti pelanggan
b) merancang produk dan/atau perkhidmatan
c) merancang harga produk dan/atau perkhidmatan
d) merancang pemilihan lokasi premis perniagaan
e) merancang program promosi atau pengiklanan

2. untuk perbandingan
a) membuat perbandingan produk dan/atau perkhidmatan
b) membuat perbandingan harga
c) membuat perbandingan keberkesanan program promosi dan pengiklanan
d) membuat perbandingan lokasi dan pelanggan sasaran

3. untuk kawalan
a) melihat prestasi perniagaan secara umum
b) melihat prestasi sesuatu produk atau perkhidmatan yang ditawarkan
c) mengawal harga produk yang ditawarkan
d) mengawal kos program promosi dan pengiklanan dan keberkesanan
e) menilai lokasi yang sedia ada dan yang berpotensi untuk dibangunkan


jenis-jenis maklumat

dua jenis maklumat yang utama:

1. maklumat sekunder:
a) suratkhabar
b) majalah
c) internet
d) buku & jurnal
e) maklumat kerajaan
f) persatuan & agensi

2. maklumat prima
a) diperolehi melalui temuduga
b) diperolehi melalui soal selidik
c) diperolehi daripada pemerhatian


kepuasan pengguna

kepuasan yang dihasilkan untuk dicapai oleh pengguna; kepuasan dibahagi kepada kepuasan dari segi nilai pembelian bagi sesuatu produk/perkhidmatan, dan kepuasan dari segi penggunaan produk/perkhidmatan tersebut.

kepuasan pengguna melahirkan:
a) pembelian ulangan
b) pembelian jangka panjang
c) kesetiaan jenama


keuntungan

terhasil daripada pembelian ulangan akibat daripada kepuasan pengguna. diperolehi oleh kedua-dua belah pihak iaitu pengeluar dan pembeli (win-win situation). mengekalkan keuntungan; inovasi produk dan periklanan

(sumber: modul pemasaran berkesan - teknik kaedah dan perkhidmatan pelanggan, sijil keusahawanan prosper siswazah, punb)

kaedah mengenalpasti peluang perniagaan

. Thursday, July 19
0 comments

mengapa kita buka bisnes?


mencari keuntungan melalui peningkatan jualan supaya dengan jualan yang diperolehi boleh membiayai:
a) sara hidup/gaya hidup usahawan
b) membayar segala pinjaman
c) melabur semula dalam perniagaan

apa itu bisnes?

aktiviti yang memperaga sumber bagi menghasilkan produk atau perkhidmatan yang boleh dijual bagi mendapat keuntungan. aktiviti dilaksanakan melalui jalan atau kaedah yang paling pantas dan pada kos yang paling kompetatif.

kitaran bisnes


keluk pertumbuhan


melayari keluk

1. teras kepada keluk pertumbuhan jangka panjang ialah kemampuan untuk melayari keluk pertumbuhan secara berterusan.
2. kitaran pertumbuhan dilalui sekali lagi
3. ianya tidak dibatasi oleh masa, adakalah perlahan dan adakala cepat
4. peledak pertumbuhan perlu disemai untuk memastikan pertumbuhan secara berterusan

peledak pertumbuhan

1. risikan pemasaran
2. maksud yang jelas
3. kepimpinan strategik
4. perancangan strategik
5. struktur dalaman

eksploitasi trend perniagaan

i) trend sosial
a) pertumbuhan gaya hidup yang kompleks
b) perubahan peranan keluarga dan wanita yang bekerja

ii) trend demografik
a) generasi x (1968 ke atas)
b) generasi y (1982 ke atas)
c) "baby boomers"
d) warga emas
e) penghijrahan dari luar bandar ke bandar

iii) trend teknologi
a) teknologi saiz kecil ke teknologi nano
b) bioteknologi

iv) trend dalam saingan global
a) teknologi dan komunikasi
b) kos sumber yang kompetatif

tingkah laku pelanggan

a) menambah keperluan yang telah habis
b) kemudahan/keselesaan
c) menyelesaikan masalah
d) satu gaya hidup lambang personaliti individu, dan
e) satu pengalaman baru

kaedah dan teknik mengenalpasti peluang perniagaan

1) memahami kehendak dan keperluan pengguna melalui

a) analisa keperluan industri
untuk mengenalpasti apa yang pembeli/pelanggan perlukan. kaedah ini kompleks dan memerlukan kemahiran penyelidikan dan sumber kewangan yang besar. sumber maklumat daripada laporan-laporan yang disediakan oleh pihak kerajaan. contoh: laporan bank negara, unit perancangan ekonomi, laporan wto dan lain-lain.
jalan mudah adalah dengan 'outsource' analisis industri

b) analisa tingkah laku pembeli

c) menyuluh sekali lintas persekitaran (pemerhatian)
mudah, murah dan amat berkesan
contoh tempat yang boleh dibuat pemerhatian: pasaraya, melancong, pasar malam, perhimpunan, iklan dalam surat khabar

2) perniagaan francais (bagi mereka yang tiada pengalaman atau pengetahuan)
sistem dan pasaran teruji/wujud cuma carai pekerja dan tempat yang sesuai. pemilihan perlu dibuat secara berhati-hati. pilih betul-betul yang ada pelanggan/pasaran. pilih master francais (francaisor) yang bertanggungjawab.

kaedah lain dalam mengenalpasti peluang perniagaan

1. kajian keperluan pengguna

2. analisa persekitaran
3. internet
4. masalah semasa pengguna
5. mewujudkan permintaan
6. hobi atau kegemaran
7. ubahsuai produk
8. kedudukan pekerjaan sekarang
9. kemahiran pengalaman sendiri
10. kenalan dan keluarga
11. maklumat media masa
12. kreativiti dan dayacipta

carta alir - mengenalpasti peluang perniagaan

(sumber: modul bengkel mengenalpasti peluang perniagaan, sijil keusahawanan prosper, punb, 21 november 2005)

keusahawanan Islam

. Sunday, July 15
1 comments

mengenali dan muhasabah diri

a) apakah tanggungjawab saya dilahirkan ke dunia ini?
b) apakah kelebihan-kelebihan dan kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam diri saya?
c) apakah matlamat dan wawasan hidup saya dan bagaimana saya boleh mencapainya?

tazkirah: "dan aku tidaklah membebaskan diri (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu suka menyuruh kepada yang buruk, kecuali orang yang diberi rahmat oleh Tuhannya. sesungguhnya Tuhannya Maha Pengampun lagi Penyayang"
(Yusuf: 50)


senario globalisasi keusahawanan

"apakah ekonomi dunia menjadi lebih besar dan lebih terbuka, lebih banyak syarikat-syarikat bersaiz kecil dan sederhana akan menguasai keadaan"
(john naisbitt, global paradox, 1995)

tazkirah: "sesungguhnya Kami telah menempatkan kamu sekelian di muka bumi, dan Kami adakan bagi kamu dipermukaan bumi itu (sumber-sumber) penghidupan, tetapi sangat sedikit kamu sekelian bersyukur"
(Al A'raf: 10)

"pada tahun 2020, malaysia mampu untuk menjadi sebuah negara yang bersatu, dengan sbuah masyarakat yang berkeyakinan, tersemat dengan nilai-nilai etika dan moral yang tinggi, hidup dalam satu masyarakat yang demokratik, liberal dan bertoleransi, penyayang, adil dan saksama dari segi ekonomi yang progresif dan makmur, dan berkemampuan penuh dalam suatu bentuk ekonomi yang kompetitif, dinamik, kukuh dan berdaya tahan"
(malaysia: the way forward, dr. mahathir mohamed, feb 1991)

tazkirah: "usahawan yang jujur lagi amanah, adalah bersama para Nabi, orang-orang yang benar dan orang-orang yang syahid." (hadis riwayat bukhari)

"senario ini adalah yang tidak mungkin berlaku kerana pendapatan individu sangat bergantung di atas usaha yang dijalankan sendiri, cara dirinya diasuh dan perkara-perkara yang menjadi keutamaan kepadanya. justeru, kita semua akan mempunyai nilai yang berbeza dari segi ekonomi dan hasil kita akan menerima pulangan yang berbeza.

kesamaan dalam pendapatan individu seperti yang dipelopori oleh kumpulan berfahaman sosialis, dan komunis bukan sahaja sesutu yang tidak berkemungkinan, malahan tidak diingini dan adalah suatu formula ke arah kehancuran."
(malaysia: the way forward, dr. mahathir mohamed, feb 1991)

"kita tidak mampu untuk mengabaikan pentingnya keusahawanan dan pembangunan usahawan, yang mana sepatutnya melewati batasan latihan dan pendidikan. kita mesti pastikan suatu adunan yang tepat berhubung dengan mereka yang mempunyai kecekapan di dalam bidang sains dan teknologi, sastera dan sains kemasyarakatan"
(malaysia: the way forward, dr. mahathir mohamed, feb 1991)


beberapa isu dan cabaran keusahawanan Islam

"..all is not well with the economic condotion of our world: that there is a great imbalance, stemming from the monopolistic concentration of most of the world's wealth in few states, classes and individuals, resulting in fantastic extremes of surfeit and luxury for the privileged few and hunger and destitution for the vast majority of human beings, witl all the concomitant privations of disease, sapping of energy and mental and psychological affilictions which that majority suffers."
(al nowaihi, persidangan persatuan pelajar-pelajar Islam amerika syarikat dan kanada wilayah pantai timur di holiday hills, new jersey pada 12-14 april 1968)


teori dan konsep keusahawanan: Islam vs konvensional

1) istilah
2) definisi dan teori
3) objektif
4) falsafah
5) dasar
6) hasil input dan output

tazkirah: "wahai orang-orang yang beriman, ruku'lah, sujudlah dan sembahlah Tuhanmu dan perbuat kebaikan/kebajikan supaya kamu mendapat kejayaan" (Al-Haj: 77)


teras keusahawanan Islam

aqidah + syariah + akhlaq = usahawan muslim

a) aqidah:
b) syariah (konsep-konsep)
- konsep muamalat
- konsep al maliat
- konsep al thoharat
- konsep al ibadat
c) akhlak/budaya
- al sifatul mahmudah vs al sifatul mazmumah

tazkirah: "wahai orang-orang yang beriman, janganlah harta-harta dan anak-anak kamu melalaikan kamu dari mengingati Allah, barangsiapa berbuat demikian maka mereka sebenarnya orang yang rugi" (Al-Munafiqun: 9)

"sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu terdapat contoh tauladan yang baik..." (Al-Ahzab: 21)


kategori usahawan

1) dalam ketakutan (paranoia)
2) keseorangan
3) mencari kebebasan

tazkirah: (orang-orang yang menyampaikan risalah-risalah Allah, mereka taku kepadaNya dan mereka tidak merasa takut kepada seorang (pun) selain dari Allah. Dan cukuplah Allah sebagai pembuat perhitungan." (Al-Ahzab: 39)


jenis-jenis usahawan

1) pandangan konvensional
a) hunter
b) farmer
c) buccaneer
d) the guru

2) pandangan Islam
a) lebah
b) pohon rendang
c) pohon buahan

tazkirah: "hai orang-orang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu..." (As-Saff: 10-11)

"Allah tidak menerima sesuatu usaha/amalan, kecuali betul-betul murni bagiNya dan ayang dituntut dengan keredhaanNya" (hadis riwayat ibnu majah)


etika ushawan muslim

1) falsafah etika Islam
2) prinsip asas etika Islam
3) skop etika keusahawanan Islam
4) etika perlakuan
5) etika perwatakan
6) etika perawakan

tazkirah: "dan engkau lihat kebanyakan mereka itu berlumba-lumba memperbuat dosa dan permusuhan serta memakan yang haram. sesungguhnya amat buruk apa yang mereka kerjakan." (Al-Maidah: 62)


pengurusan keusahawanan Islam

- erti/definisi pengurusan
- kepelbagaian teori dan gaya pengurusan
- fungsi-fungsi pengurusan
- pengurusan: input, truput dan output
- struktur pengurusan
- pengurus dan kepimpinan
- etika pengurusan Islam

tazkirah: "hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan riba dengan berlipat ganda dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan." (Ali Imran: 130)

"sesuatu yang batil yang mempunyai sistem pengurusan yang canggih, dapat mengalahkan sesuatu yang haq tapi tidak mempunyai sistem pengurusan yang baik." (kata-kata saidina Ali krw)


bekalan tenaga usahawan Muslim

1) perhubungan
2) permohonan
3) penyerahan
4) pengharapan


rukun kejayaan

1) sapaan
2) panggilan
3) percakapan dan perbuatan
4) kemurahan
5) pemikiran
6) senyuman
7) persahabatan dan pertolongan
8) ketulusan
9) perasaan
10) kesediaan
11) keutuhan
12) kemanusiaan
13) kesetiaan
14) kesederhanaan
15) keberanian
16) keadilan
17) kesabaran
18) kerajinan
19) memudahkan
20) merendahkan diri


kanun keemasan

1) al takhtiet (planning)
2) al tandzim (organizing)
3) al tahyiatul afrad (directing)
4) al taujah (staffing)
5) al tansiq (coordinating)
6) raf'ul al taqodir (reporting)
7) al mizaniyat (budgeting)
8) al rigobah (controlling)
9) isdarul awamir (commanding)


model & konsep Islam vs barat: gaya falsafah pengurusan

1. matlamat
- Islam: menitikberatkan keuntungan dan keberkatan
- barat: meraih keuntungan semata-mata

2. cara membuat dasar
- Islam: istimbat Al-Quran, Al-Sunnah, uswatun hasanah Rasulullah saw dan para sahabat, ijmak, qias dan masalih.
- barat: penyelidikan dan pengalaman, model, percambahan fikiran

3. pembuat keputusan
- Islam: pengurus dikawal oleh kekuatan jiwa dan nilai tauhid yang tertanam dalam diri. terikat dengan sistem syura yang digariskan oleh Al-Quran dan Al-Sunnah.
- barat: pengurus dipengaruhi ileh ssstem nilai dan etika yang dianutinya. berdasarkan polisi dan peraturan yang digubal dan ditetapkan.

4. motivasi
- Islam: penghayatan konsep ibadah dan nilai pahala serta keburukan dosa dalam diri pekerja akan mendorong dan merangsangnya bertindak melakukan sesuatu tanpa diperintah. at-tanjih dalaman melalui amali secara iltizam.
- barat: nilai kebendaan, pampasan dan darjat kedudukan kepada pekerja bagi meningkatkan daya pengeluaran sesebuah industri/firma. kesedaran dalaman dan pengalaman melalui simulasi atau role play.

5. penggunaan unsur promosi
- Islam: dilihat dari sudut kaca mata 'estetika' dan 'etika' yang Islamik.
- barat: 'estetika' semata-mata

6. konsep kemakmuran
- Islam: kemakmuran negara bergantung kuat kepada ketaqwaan penduduk dalam membangunkan sosio-ekonomi, keamanan, kesejahteraan, dan keharmonian hidup masyarakat dijamin oleh peraturan zakat dan muamalah secara adil.
- barat: kemakmuran negara bergantung kuat kepada kejayaan pencapaian ekonomi kerana dengan kejayaan itu akan menjamin keamanan, kesejahteraan, dan keharmonian hidup masyarakat.

7. konsepsi kejayaan
- Islam: berdasarkan ayat Al-Quran (Al-Baqarah: 3-5, Ali Imran: 200, Al-Maidah: 35 & 90)
- barat: kemajuan yang dicapai saban hari


anjakan paradigma: keusahawan Islam

1) matlamat: keuntungan --> keberkatan
2) sistem kewangan: konvensional --> mudhorabah, dll
3) kepentingan: permintaan dan penawaran --> masalihul mursalah
4) masyarakat: industri --> maklumat
5) demokrasi: perwakilan --> penyertaan
6) jangka: pendek --> panjang
7) pergantungan kepada: industri --> keyakinan diri
8) pembentukan: hirarki --> jalinan rangkaian perhubungan
9) dasar pandang: ke barat/timur --> Al Baqarah: 177
10) pasaran: perkongsian sebagai output --> mewujudkan sebagai output
11) sumber kekuatan: kestabilan --> perubahan (irtihal)
12) tumpuan terhadap: institusi --> individu
13) keilmuan: rasa serba tahu --> proses pembelajaran berterusan
14) pergantungan: kepada prosedur --> hasil keputusan
15) tanggungjawab: salahkan orang lain --> diri sendiri
16) keutamaan: kuantiti --> kualiti


kompetensi keusahawanan

1) inisiatif
2) melihat dan merebut peluang
3) kecekalan
4) mencari maklumat
5) menitik beratkan mutu kerja yang tinggi
6) komitmen terhadap perjanjian kerja
7) membuat perancangan sistematik
8) berorientasikan ke arah kecekapan
9) menyelesaikan masalah
10) keyakinan diri
11) ketegasan
12) kemampuan meyakinkan orang lain
13) menggunakan strategi pengaruh


(sumber: nota kuliah keusahawanan Islam, drs hamat dato' ghazali, program sijil keusahawanan prosper siswazah punb)

new link

. Monday, July 9
0 comments

salam. come have a visit: (click on the picture)

faktor kegagalan dalam keusahawanan

.
0 comments

faktor kegagalan dalam keusahawanan

1. lack of capital: usahawan memandang enteng kepada keperluan modal dan menanggung hutang yang tidak mampu untuk dibayar semula.


2. poor knowledge of the market: usahawan mungkin akan silap jangka kepada kehendak bagi produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.

3. faulty product design: rekabentuk dan ciri-ciri produk yang ditolak oleh pengguna.

4. human resource problem: usahawan mungkin tersilap memilih rakan kongsi yang tidak sependapat dalam pencapaian matlamat syarikat.

5. poor understanding of the competition: usahawan perlu mengkaji pesaing-pesaingnya dan cuba memahami kecenderungan mereka.

entrepreneurial skills

. Sunday, July 8
0 comments

entrepreneurial skills

1. negotiation skills: proses pertukaran/perkongsian produk atau perkhidmatan antara 2 pihak atau lebih dengan menyetujui syarat-syarat dan terma-terma tertentu.

2. networking skills: untuk mengumpul maklumat dan membina kerjasama. terdapat 2 jenis, iaitu;
- personal network (hubungan antara usahawan dengan lain-lain pihak, termasuk usahawan-usahawan yang lain, pembekal, penghutang, pelabur, rakan-rakan, bekas rakan sekerja, dan lain-lain).
- business network (hubungan kerjasama antara syarikat yang dibentuk untuk mencapai matlamat bersama)

3. leadership skills: untuk mewujdkan perkongsian visi kepada orang lain dalam mencapai matlamat umum syarikat.

characteristics of entrepreneurs

.
0 comments

characteristics of entrepreneurs


1. internal locus of control: kepercayaan yang kuat dalam diri untuk berjaya, justeru, dia sanggup bertanggungjawab terhadap hasil dan mencuba dengan lebih gigih sekiranya melakukan kesilapan.

2. external locus of control: kepercayaan yang kuat kepada nasib, takdir, atau faktor kawalan kemajuan seseorang, menyebabkan rasa kurang bantuan/pertolongan dan kekurangan intensiti dalam usaha pencapaian matlamat apabila menghadapi kegagalan.

the importance of entrepreneurship

. Wednesday, July 4
0 comments

the importance of entrepreneurship


1. job creation (mencipta peluang pekerjaan): memulakan suatu bisnes baru adalah bererti wujudnya peluang kerja, sekurang-kurangnya untuk diri sendiri.

2. innovation: keusahawanan adalah bertanggungjawab untuk memperkenalkan produk dan perkhidmatan yang baru serta berinovasi. biasanya dirintis oleh individu yang mempunyai visi yang membentuk inovasi kaedah untuk melakukan sesuatu dengan lebih cepat, lebih baik, lebih murah dan pelbagai ciri. juga menjadi perintis kepada teknologi yang baru serta berpotensi, dalam masa yang sama menyusutkan nilai teknologi terdahulu.

3. opportunity for diverse people: wujud disesetengah orang yang kecewa dengan pekerjaan mereka, seperti halangan kerjaya, diskriminasi jantina (khususnya wanita), meningkatkan kualiti hidup, memilih kerjaya yang lebih menyeronokkan. justeru, memilih keusahwanan sebagai kerjaya baru. juga ada disebabkan oleh, mengimbangi tanggungjawab kerja dengan keluarga, memperolehi cabaran dan autonomi yang lebih, dan mengelakkan politik organisasi yang kotor.

entrepreneurship myths

.
0 comments

entrepreneurship myths



myth 1: entrepreneurs are born, not made

lazimnya, ramai yang percaya bahawa usahawan memiliki sifat tertentu yang membezakan mereka dengan orang lain. faktanya, pelbagai jenis orang dengan pelbagai personaliti telah berjaya menjadi usahawan yang berjaya, dan kebanyakan mereka mempelajari bidang keusahawanan sebagai suatu disiplin sebelum memulakan perniagaan. sekolah bisnes menawarkan kursus keusahawanan yang menyediakan peluang-peluang untuk belajar dan praktikal kemahiran yang berguna untuk menjadi usahawan.

myth 2: it is necessary to have access to money to become an entrepreneur
pendapat ini menunjukkan bahawa orang yang kaya sahaja yang mampu menjadi usahawan. padahal, ramai perusahaan telah dimulai oleh orang yang memiliki sumber yang kecil sahaja! contohnya, hewlett-packard, sebuah syarikat elektronik yang besar, yang bermula di sebuah garaj di palo alto, california, pada tahun 1940, dua orang pelajar stanford university yang hanya memiliki beberapa ratus dolar dan satu tempahan untuk peralatan bunyi daripada walt disney company.

myth 3: entrepreneurs become successful on their first venture
kebanyakan orang cenderung untuk mengingati kejayaan dalam perniagaan. tetapi sebenarnya kegagalan itu adalah proses pembelajaran, dan daripada kegagalan perniagaan tersebut akan membawa kepada kejayaannya.

threat to effective team performance

. Monday, July 2
0 comments

threat to effective team performance


1. free riders: individu ini tidak terlibat dalam gerak kerja kumpulan, tetapi mereka menjangkakan akan turut mendapat tempias hasil kejayaan dan menerima bahagiannya daripada ganjaran untuk kumpulan. mengurangkan morel dan produktiviti kumpulan.

2. dysfunctional team conflict: sesebuah kumpulan itu akan bermasalah jika wujud ahli kumpulan bermasalah peribadi dengan ahli kumpulan yang lain. contohnya, menggunakan politik, bias dalam kumpulan.

3. groupthink: wujud apabila kumpulan tersebut tidak bertolak ansur terhadap kepelbagaian pendapat.

4. self-management opposition: sesetengah ahli cenderung untuk tidak pengurusan kendiri, tetapi lebih mengharapkan ketua kumpulan yang mampu mencatur gerak kerja mereka semata-mata.

5. insecure supervisors: banyak inisiatif kumpulan diketepikan/diabaikan oleh penyelia dan pengurus yang merasa kedudukan mereka terancam. contohnya, kumpulan bertindak mengambil/melaksanakan tugas penyelia.

6. disruptive high performers: ahli kumpulan yang 'high perform' meminta keistimewaan berbanding ahli kumpulan yang lain, serta tidak menghormati ahli kumpulan yang lain.

7. lack of teamwork rewards: organisasi yang mengharapkan bekerja dengan produktif secara berkumpulan, lazimnya tidak memberi ganjaran/bonus secara individual. justeru, akan wujud ahli dalam kumpulan yang cuba menonjolkan diri dari kalangan ahli kumpulan yang lain, untuk menunjukkan bahawa dirinya adalah 'key player'.

(source: adapted from a. sinclair, "the tyranny of team ideology." organization studies 13 (1992): pp. 611-626; l.r. gomez-mejia and d.b. balki, compensation, organizational srategy, and firm performance, cincinnati: south-western publishing, 1992.)

effective ways to enact the role of team leader

.
0 comments

effective ways to enact the role of team leader

bagaimana ketua kumpulan dapat mempengaruhi ahli kumpulan dalam proses dan hasil secara positif?

1. take care of team members
2. communicate with team members
3. share power with the team
4. learn to relax and admit your ignorance

(source: r.l. daft, leadership: theory and practice, fort worth: dryden press, 199, pp. 274-276)