8 langkah: perubahan organisasi terancang

. Tuesday, March 6
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

agen perubahan perlu mengambil langkah berikut bagi memperolehi hasil dari kejayaan perubahan organisasi mereka;


1. menggerakkan kesedaran kepada tindakan segera:
untuk mengatasi halangan kepada perubahan, mengenalpasti dan berbincang tentang krisis, ancaman, atau peluang yang berpotensi.

2. membentuk gabungan penyokong-penyokong yang berkuasa kepada perubahan:
menggerakkan sekumpulan orang yang mempunyai kuasa yang memadai untuk mendorong kepada proses perubahan bertujuan untuk membentuk komitmen yang lebih meluas untuk merealitikan perubahan tersebut. agen perubahan perlu menggalakkan kumpulan-kumpulan ini untuk bekerjasama sebagai satu kumpulan.

kenalpasti individu-individu yang berpotensi menjadi agen atau sub-agen kepada perubahan

3. mencipta visi perubahan:

mencipta visi kepada kehendak keadaan masa depan dalam organisasi untuk memotivasikan orang supaya mahukan perubahan. kemudian permudahkan formulasi strategi untuk menjelaskan visi tersebut.

4. komunikasikan visi perubahan:
menjelaskan secara meluas visi dan strategi perubahan. kumpulan penyokong kepada perubahan boleh memudahkan perubahan dengan menunjukkan tingkahlaku baru yang dikehendaki daripada pekerja.

5. memperkasakan pihak lain untuk menyumbang kepada perubahan:
memperkasakan orang dengan pengetahuan, sumber-sumber, dan kemahiran untuk bergerak ke arah perubahan. menghapuskan halangan kepada perubahan, seperti struktur, sistem, atau prosedur yang melambatkan perubahan.

6. merancang dan merangka pencapaian jangka masa pendek:
merancang pencapaian prestasi yang boleh dilihat, membantu mereka ke arah kejayaan tersebut, kemudian memberikan penghargaan kepada yang berjaya. perubahan yang besar mengambil akan masa yang panjang; tingkatkan motivasi pekerja dengan mengetahui dan memberi bonus dalam membuka jalan kepada perubahan terancang.

7. memperkukuhkan kemajuan dan menghasilkan perubahan dari masa ke semasa:
daripada kajayaan pencapaian jangka masa pendek tersebut gunakan momentumnya untuk mengatasi masalah atau halangan yang lebih besar kepada perubahan. sistem atau prosedur yang melambatkan perubahan yang belum ditangani sudah dibolehkan untuk mengubahnya. pengambilan, kenaikan pangkat, dan membangunkan pekerja yang menyokong konsep perubahan boleh menguatkan sokongan kepada perubahan.

8. institusikan pendekatan baru dalam struktur organisasi:
memasakkan perubahan dalam amalan budaya organisasi untuk menjadikannya lebih stabil dan menggantikan tingkahlaku lama dengan kekal. mempengaruhi seseorang secara berperingkat tentang nilai, kepercayaan, istiadat/upacara, pegangan, dan model utama yang baru ke dalam budaya sebagai cara normal dalam melakukan sesuatu dalam organisasi.

(sumber: r.l. daft, leadership, fort worth: dryden press, 1999, pp. 430-432; j.p. kotter, leadingchange, boston: harvard business school press, 1996, p. 21)

0 comments: